Tuesday 13 June 2017

Kisah Sangkar Kucing VS Nilai Amanah Sebuah Pekerjaan

Assalamualaikum dan Salam 19 Ramadhan

Terima kasih Allah kerana masih membenarkan kami bernafas di dunia ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menarikan jari di blog ini setelah hampir 5 tahun tak buka sebenarnya. Thanks sahabat kerana tolong betulkan apa yang patut kat sini ek...hehee

Hari pertama mengarang nak cite apa ek...Ulpsss cite tentang binatang kesayangan ambe la...dak meoww omei2 tu....ada sedih dan tawa untuk budak eow tahun ni. Sejak pindah 5 ekor dah hilang tak dapat dikesan. Jika mereka masih hidup mommy doakan kamu bertemu tuan yang baik hati menjaga kamu, jika tidak moga kamu tidak kelaparan sayang. Oyen kesayangan pun injured sekarang, asyik berperang dengan kucing kawasan. Yelah, awak tak biasa bergaduh, jadi manja mommy je selalu...sabarlah oyen, moga sihat dan dengan mommy dan family selalu. Kenapa tajuk tak sama dengan cerita ek....kalau buat karangan ni dah lama markah kena potong ngan cikgu BM nih. Tak masuk-masuk isi cerita lagi haa...huhuuhu

           Ni budak omei mommy kat umah lama...oyen tgh sihat manja lagi time ni

Ok, since habis berpantang terus pindah rumah. So mommy perlukan sangkar kucing yang besar untuk budak2 ni semua...sebab tak boleh jadi indoor cat lagi sebab dak Fahim ebab kecik lagi. So terpaksa la dengan urgent nya kami carik tukang untuk buat sangkar. Dalam kepala hanya ada nama hamba Allah ni saje. Mommy pun contact la, bagi design camne nak buat semua. Kira punya kira dia kata RM 1600 untuk design sangkar besi yang mommy nak. Ok la mommy kata sebab besi...esoknya bila dia datang bagi ukuran, Ya Ampun keciknya rasa boleh jadi luas mommy berdiri dalam tu untuk pusingkan badan saje. Mommy pun bagi deposit RM 300 untuk beli barang katanya. Malam tu fikir punya fikir mommy bagitau daddy, kecik sangat la sangkar tu so decide untuk change kepada kayu je la. Supaya ada ruang yang luas dan selesa sikit. Esok hari ahad minta hamba Allah tu datang untuk buat ukuran baru. Dia cakap harga dah lain ni sebab nak beli kayu pula. mommy kata takpe...kira dulu macam mana. Mommy kena tambah lagi RM 300 sebab kononnya besi dah beli dan siap potong, tak boleh nak pulangkan balik. Dalam hati mommy tau dia tipu mommy, imposible dalam masa sehari dah setel semuanya sedangkan hari tu ahad. Tapi sebab mommy daddy urgent perlukan sangkar, kita iyakan aje la. Mommy nak pindah minggu tu juga, so nak tak nak perlu siap. Jadi mommy tak fikirkan apa dah asalkan cantik dan selesa untuk budak-budak omei tu semua. 

Dan bermulalah segala episod nilai amanah kerja seorang hamba Allah. Segala kerja cincai mancai dilaksanakan. Allah je yang tahu perasaan sedih dan kecewa melihat tempat binatang kesayangan kita dilaksanakan. Dengan menggunakan material yang dah dipakai dan kayu yang biasa-biasa sahaja terhasillah sangkar mereka. ALLAH. Sedihnya. Untuk nilai RM 1900 mommy dapat sampah. Terima kasih sangat-sangat kepada beliau. Mommy minta dia hantarkan besi tu kat rumah, dia kata bawak lori datang ambik besi tu...mommy tau besi tu takde pun, tp sebab mommy takde transport masa tu mommy abaikan saja. Biarlah dia terus hidup menipu macam tu. Orang marah kenapa mommy tetap bayar baki duit dia. Mommy kata, mommy akan bayar hutang dengan orang walaupun orang tu tak menyelesaikan kerjanya dengan baik dan duit yang mommy bagi bukan digunakan untuk membeli material sangkar tersebut. Mommy kata dengan daddy, biar Allah yang balas setiap penipuan dia dengan kita. Biarlah orang nak marah atau gelak sekalipun.

Cuma mommy kata pada daddy, sempena Ramadhan ni mommy maafkan kesilapan dia. Tapi setiap sen yang kami keluarkan untuk membuat sangkar kucing tersebut jika tidak digunakan dengan jalan yang betul, mommy HARAMkan DUNIA DAN AKHIRAT duit tu. Biar orang nak kata mommy jahat atau zalim sekalipun. Setiap sen yang kami keluarkan, hasil titik peluh kerja kami. Bukan kami datang kerja, punch card, keluar minum kat kedai dan buat kerja sambil lewa. Setiap titik peluh kami ada pada duit tersebut. Jadi bukan senang-senang menghalalkan duit tersebut. Duit haram tu akan jadi darah daging sampai mati nanti. Jadi hati-hatilah dengan rezeki yang kamu ambil. Mommy yakin setiap sen yang kamu tipu kami akan diganti semula. Tapi rezeki kamu mungkin sempit sebab kamu menyempitkan poket orang lain. Itu urusan kamu dengan Allah nanti. Moga-moga Allah beri hidayah untuk kamu berubah sempena Ramadhan yang mulia ini. 





Mommy cerita selepas beberapa bulan kejadian. Sebab kalau dulu setiap kali mommy cakap mommy akan marah tapi hari ni mommy dah okey. Cuma mommy nak bagitau, moga-moga selepas ini jika kita mendapat ruang bekerja, kerja la dengan amanah dan jujur. Setiap manusia inginkan kepuasan dari hasil kerja kita. AMANAH yang orang berikan kepada kita jangan lah dipersiakan. HAri ini Allah bagi kite rezeki yang sepatutnya halal untuk diri, anak, isteri dan keluarga kita. Jangan lah kita jadikan dia HARAM hanya kerana menggunakan material yang sudah terpakai, buat kerja sambil lewa dan sebagainya. Kasihanlah kepada keluarga kita, terpaksa mengalirkan darah dari makanan yang haram hanya kerana kita. Mommy tak doakan yang jahat kepada kamu, tapi sampai masa Allah saja yang akan balas sama ada di dunia mahupun di akhirat.





Inilah hasil nilai amanah sebuah sangkar kucing

Yang mommy tau, lepas ni mommy ngan daddy cantikkan sendiri lah sangkar tu. Mungkin mommy ada tak bayar zakat kot, sebab tu kena tipu dengan orang. Ataupun mommy terlupa bagi sedekah pada yang memerlukan kot, tu sebab Allah tarik duit tu melalui dia. Alhamdulillah walaupun kena tipu, Allah masih lagi bagi ruang rezeki pada kami. Budak-budak eow masih boleh makan cukup dan tembam-tembam kecuali kesayangan mommy oyen. Next blog baru cite pasal dia. Nak nanges nanti....hihihihi

Ok...panjang sangat untuk cerita pertama selepas hampi lima tahun. Sampai jumpa lagiiii


Sunday 23 December 2012

~~Minggu Urat Keluar Di Dahi~~

Assalamualaikum & Selamat Malam..Sejuk, dari petang tadi hujan turun tak berhenti...Apa lagi yang selalu kami buat kalau time hujan cenggini kat hostel, mimpi indah jer la kan....hehe..Nak pulak dengan badan yang sengal sana sini berhoki hokian semalam...Pergi massage dgn kerusi ogawa pn macam takde makna pape pun tadi...ngeh3 ngabeskan duit kami jek..
.
Jemari masih laju mencipta bait-bait indah untuk assignment Dr Mahmud tersayang...macam buat skrip atau pun novel, part conclusion ni lah yang paling susah nak fikir...Dah dekat berapa hari, dok belek2 lappy ni fikir cara nk setelkan, idok la juge berjayanya...tiap kali carik ilham, mata aku pun tutup sekali ngan ilham2 aku tu kat atas katil...Nikmat betul belajar ni kan...Postpone, postpone, postpone...Ni pun aku gagahkan diri juge sbb macam dh dengar suara lecturer kesayangan aku tu memanggil manggil suh submit cepat ke biliknya....kalau takkkk...takde la aku ngadap "How to develop HOTS thinking in add math"...Saat orang lain sebuk ngadap bola Mesia lawan Thailand ni, aku ngadap lappy je la..Sedey, kat hostel xde TV...patut la hostel lelaki kt sblh ni senyap je, memenuhkan kedai mamak la gamaknya dorang sume tu...beshnyaa laaa
.
Seminggu ni, budak class aku agak stress kot, ngadap assignment major kitorang...Anugerah terindah kami apabila di kurniakan insan "UNIK" menjadi lecturer kami....Apa yg unik? Ermmm masuk class, celoteh sket sket, baru tulis satu perkataan terus keluar, "Ok, saya nk kamu fikir sendiri, cari idea dan buat"...Yang kitorang tercengang2 pandang kiri kanan, maisng2 tanye, "Ape yg ko faham?" Dan masing2 senyum cakap "Ntah la, urat kat kepala tgh tegang, tak mampu fikir apa yg dia nak, kepala tgh sakit, kita tak faham apa2 pun, Adoyaiiii" dan macam2 skrip la dengar...Belum part classmate aku yg tido lagi, dek tak faham apa yg nak kami buat...Tidur tu ubat tak paham kata dia, sebab nnt fikir byk2 sakit kepala...walawehh falsafah betoii...Bila tanya lecturer ku, " You are a graduated students, takkan menda camtu pn xleh fikir" Ulpsss...nk fikir apa dia, jalan nk ke mana pun belum tunjuk arah lagi, kalau pandang peta pun belum tentu tau destinasi mana nak tuju...Aiyoooo...muka aku mmg ketat tahap gaban time class dia jer...Jiran aku lagi la, buat assignment lain, yang sorang lg dok membebel sbb tak paham, tapi apa la yg mampu nak buat kan...Sampai satu tahap, sorang ni tanya aku " Boleh tak saya g ckp ngan lecturer kite ni, yg kita tak paham apa2 pun yg dia ckp?"...Ewah3...aku dgn baek hati la plak bgtau "Jgn la, nnt terasa pulak dia" huhu sejak bila makcik menjaga hati org nih...Dan akhirnya kerana kata-kata aku tu, aku and da gang jugak la yg merana seminggu ni....Dan air mata ni tumpah dekat kelas sbb tahan marah punya pasal masa dia reject assignment kitorang yg ntah kali ke berapa kitorang fikir dan ubah suai nk buat yg terbaik...Reject baik punya, takde masalah tapi guide kitorang untk buat apa yang perlu...Bukan reject dan tak bagi cara penyelesaian pun...Bila tanya "Ntah saya tak tau" Hishhhh masa tu tangan aku dh naik dah, fikirkan dia lecturer aku jer aku tahan marah ni, balik tempat duduk, tarik tudung sket, laju jer air mata aku jatuh...Pedulik kan la classmate aku nmpak ker tak hujan air mata aku ptg tu...Sakit hati gilaaa...Rumate aku punya muka pun dh mcm apa, malas nk pikir dh...Nk positive ke nk negative ke lantak kan laaa...
.
Itu cerita minggu lepas...Malas nk ingat lagi sbb bila ingt keluar urat hijau kat kepala aku ni haaa....Pasrah jer la nnt dia nk bagi markah berapa...Yang penting kitorang dah buat yang terbaik, dan project major aku berjaya..Yang lain kitorang fikir next sem pulak...Think positive jer la dgn yang satu nih....Mungkin dia ada masalah kot, yang terpaksa kitorang rasa sekali...hehhehe....Kitorang tak buat jahat sbb teringat pesan seorang lecturer ni, "Walau siapa pun guru kamu, macam mana pun dia, jika kamu perasan atau tahu dia salah mengajar kamu, tapi kamu jangan buat dia seperti orang yang tiada harganya...jangan malukan dia, kerana dia adalah guru kamu"...dannn kerana kata2 tu la, cuma airmata jer la yg mampu keluar ptg tu walaupun marah sgt, klu tak rasanya suara yg tinggi sket bergema kat kelas tu...huwaaaa....The whole week yg sangat bz, nak balik kampung pun tak sempat...Sedey bangat...Tem budak2 ni bersantai2 kat hostel, kitorang pulak bertungkus lumus ngan hoki...Nak tergelak pun ada jugak la smlm, yang kena belasah ngan bola hoki kt blkg badannya, yang berdarah kaki kena bola lg, yg aku dapat, sakit kat pinggang ni ha ngn rumate aku...Seronok sangat kan melompat2 lupa diri semalam...
.
Owhhh esok nak memasak pulak...masakan hutan,..dh lama tak buat kije tu since tinggalkan sekolah...Tapi sebelum esok tu sampai, sila lah siapkan assignment ni dengan segera sayangggg.....Jangan postpone lagi...Okaiii, enjoyz and hopefully our teams win tonight.....InsyaAllah....Alwiz take care...
.
"Ku menghimpun kekuatan, ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi kejayaan yang masih tertunda'
(letih rupenya blajo nih....)

~~Bila Uniknya Takdir~~

Kadangkala saat perkara yang tidak kita ingini berlaku dalam hidup kita, sering kita mencari dari mana puncanya dan apakah sebabnya.. Andai takdirnya anugerah indah untuk kita, jarang kita bertanya soalan-soalan pelik, cuma ucapan syukur mengiringi takdirnya, cuma andai takdir menguji kita dari setiap penjuru hidup maka akan keluar lah soalan mengapa begitu, kenapa begini, kalau lahhh aku..( ayat2 biasa yang kita keluarkan setiapkali kita di uji)....betul kan? Bukan kalian sahaja, aku pun sama...Namun seiring dengan perjalanan waktu dan masa, kita akan redha dan pasrah dengan setiap perkara yang menjengah kehidupan kita...Takdirnya walau indah ataupun pahit, adalah perhiasan kita selagi kita bergelar hambaNya....Seperti Firman Allah dalam Surah Al Hajj Ayat 70

Maksudnya:
Bukankah Engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui Segala Yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya Yang demikian itu ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz); Sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.

Takdir tetap singgah biarpun cuba kita jauhi apatah lagi sangat kita inginkan...tersenyumlah andai itu membuat kamu bahagia, menagislah bila ia sangat menyesakkan ragamu...cuma berpada-padalah pada dalam setiap tangisan itu...kehilangan sama ada hilangnya dari mata di dunia ataupun menyahut panggilan Ilahi acapkali kita rasai, pada diri kita, insan rapat kita, masyarakat sekeliling kita atau pun sesiapa sahaja...pernah merasainya? Mungkin...iya...tak pernah....atau akan datang....semua pasti merasainya...Saat itu, terasa semuanya kosong seperti kita keseorangan di dunia ini...Banyak mana insan sekeliling memberi kata semangat, semuanya seperti mutiara kosong yang singgah di corong telinga, tiada semangat langsung...yang kita nampak hanya tatapan kenangan yang keluar di minda seperti lensa kamera merakamkan kenangan pahit manis bersama...berputar setiap kali terpandang setiap barang, tempat atau apa sahaja yang mengingatkan kita tentang semuanya....


Namun, tiada apa yang mampu mengubahnya selain doa mengiringi setiap sesuatu kehilangan....Moga ketenangan abadi mengiringi di alam sana...InsyaAllah...Dan saat merasai kehilangan selalunya kita lupa kasih sayang yang melimpah ruah di sekeliling kita....Perjalanan masa rupanya baru mengingatkan kita masih ramai yang mengambil berat dan melimpahkan sayang pada kita...Buat diri sendiri, keluarga, teman seiring jalan, dan yang tersayang, biar apa bentuk kehilangan yang kita rasai, yakin lah janjiNya pada kita tak pernah berubah, pemberianNya biar sakit rupanya menyuruk kita mencari kekuatan dari segala penjuru kehidupan, bukan menzalimi kita walaupun kita rasa seolah-olah kita adalah insan yang paling lemah saat itu...Mengapa kita yang sering terpilih merasai nikmatNya yang agak sukar ini....


Angka 22, mempunyai banyak makna dalam kehidupanku....Aku selalu terlibat dan berada dalam situasi ataupun insan yang mempunyai angka ini....dan 22 ini juga aku lepaskan semuanya ketawa aku, tangisan aku, kenangan aku, bahagia aku, duka aku, kebencian aku, kegembiraan aku...Semoga semuanya yang telah aku kumpulkan selama ini, bersemadi tanpa sebarang resah di hati lagi...Bersemadilah dengan tenang...Aku belajar menjadi redha..InsyaAllah

Teringat apa yang diperkatakan oleh Ustaz NorHisyam tentang takdir...Tapi cerita ini dari sudut berbeza, mungkin boleh kita aplikasikan dari sudut yang lain pula saat takdir singgah menguji kita dalam situasi berbeza nanti....

    Kenapa kita sukar menerima takdir Allah yg kita tak suka?

    seorang kanak2 terlihat seekor ular berwarna hijau yang berkilat dan kelihatan cantik & unik pada pandangan matanya..

    ibu yg terlihat langkah si anak yg semakin menghampiri ular tersebut

    segera menarik anaknya pergi jauh dari bahaya itu..

    sehinggalah si anak menangis teresak-esak, marah & salahkan si ibu kerana membiarkan ular tersebut berlalu pergi..

    si anak yg masih kecil tidak tahu bahaya yg sedang menanti di hadapan..

    begitulah juga kita diibaratkan anak kecil tersebut..

    apa yang baik dan menarik pada pandangan kita, tidak semestinya baik untuk kita..

    InsyaAllah..setiap saat kami cuba menjadi hambaMu yang terbaik...Maka bantulah kami Ya Rabb