Friday 27 January 2012

Pilihan Itu Sukar...tapiiiii

"maaf akak, saya rasa tak dpt nk terima offer tu la, mungkin rezeki org lain tu" itu ayat sadis yang aku terpaksa ucapkan pada Pn. N-- kerana hati aku masih kuat lagi di sini...walaupun antara menjadi seorang guru dan akauntan sangat berbeza, aku ttp masih pilih disini...ada orang dah paku hati aku kt sini gamaknya..aiyaaakk

papaiiiii

dua minggu berfikir, hari ni nak pergi esok tanak pergi, dan hari ini, jumaat yang penuh berkat ni, aku memilih sesuatu yg sukar...sapa kata aku tanak kije kat kl smula, tapi itu laaaa...entah Allah masih biar aku berbakti di sini...perasaan ni sama mcm masa aku nk resign dulu, dkt nk 10 kali aku lalu dpn blk en fadzir tu, semata-mata nak bgtau, "en F sy nk resign" masa tu jantung aku mcm dh jatuh kat perut kot, sama2 duduk rapat2 ngan usus ngan buah pinggang aku tgh main playstation bola...huhuhu

so, lps ni jgn gatal2 lagi pergi intebiu, coz jadi kes mcm ni aku gak yg susah nk memikio..hahha ok adioss nk gerak dulu...tata titi tutu.. 

Wednesday 25 January 2012

belajar menjadi manusia

Selamat tahun baharu cina…baru or baharu? Alamak dah tak reti nak guna, kak yan kata new utk baharu, dan now untuk baru..alaa pada aku sama jek, buat apa menyusahkan penggunaan bahasa, yang penting orang yang menggunakan bahasa tersebut faham apa yang hendak di sampaikan..kengkadang system pendidikan yang terlalu mementingkan kesempurnaan ni terlupa, terlalu banyak sangat dasar yang dibuat hingga menyukarkan banyak pihak..aku bukan marah, Cuma sekadar pandangan dari sisi seorang guru..pada aku menjadi guru adalah mendidik manusia menjadi seorang manusia yang berguna, bukan berfokuskan pencapaian semata-mata.

Sebagai guru aku berbangga jika anak didikku Berjaya menjadi seorang perpendidikan melebihi aku. Kalau aku dulu setakat akauntan dan auditor, biar lah diorang jadi lebih baik..tapi pendidikan pada aku bila melihat seorang yang tidak tahu apa-apa mampu menjadi manusia walaupun dia tidak Berjaya seperti rakannya yang lain menjadi peguam, doctor dan sebagainya…aku bertemu seorang guru yang dah hampir 20 tahun tak aku temui..mungkin salah seorang guru kesayangan aku di kuantan dahulu, yang tak jemu mendidik aku sampai jadi orang skrg, aku dan kawan2 kategori anak nakal dulu, apa yg kitorang tak buat tapi bak kata yati hari tu bila kitorg bersembang ttg kenangan, “tu la, aku pun tak sangka kita jadik org skang” hahah dan kesepuluh sepuluh budak nakal tu semuanya dah Berjaya..Alhamdulillah, kuantan membentuk sifat persahabatan dan menjadikan kami insane Berjaya hanya kerana dicabar? Ermm mungkin..

Owhh nak citer pasal cikgu aku, dia terkejut gak kenapa aku tukar kerja, tinggalkan bidang professional pergi ke semi professional..aku jawab “cikgu tau tak, rasa tu terbit bila tiba-tiba saya kena mengajar dan bagi briefing pada budak2 practical masa kat opis lama sy dulu” “start hari tu sy rasa sy blh jadi cikgu yg baik”konon laa kan..”tapi tempoh dua minggu tu berapa kali sy nk resign tau tak, aku tersalah pilih kerja ke ni” heheh tapi masa tu orang di sungai isap banyak sangat bagi dorongan…yeahh dan aku bertahan sampai hari nih..ermm cikgu aku senyum jek..dia ckp “faridah itu yang pernah sy rasa dulu, tapi bila dh duduk dlm dunia anak murid, awk takkan mudah nak keluar, sebab mereka adalh dunia keceriaan dan kebahagiaan seorang guru” “anak murid sy yang tiada apa2 kelulusan dtg jumpe sy, dan ucapkan , cikgu terima kasih sbb cikgu bantu sy utk menjadi manusia, kalau dulu sy suka mencuri skrg sy mampu berniaga wpun sekadar pau dan goreng pisang, tp sbb masa ckgu tangkap sy mencuri di asrama dulu dan cikgu tak hukum sy seperti org lain hukum sy, ckgu tak rotan sy, Cuma ckgu denda sy suruh hafal fatihah dan 3 kul serta doa iftitah buat sy menangis masa tu” “sbb sy tak pandai apa yg ckgu suruh tu, kalau rotan sy dh biasa, public canning sy dh biasa, diperli-perli sy dh biasa, tp sy rasa malu dgn ckgu sbb tak mampu baca ayat allah tu” “dan sy ingt lg ckgu la yg mengajar sy membaca fatihah seawall usia sy 15 thun” “kerana sy anak yatim piatu yg terbiar tanpa kasih sayang, xde org nk ajar sy, hnye tau menyalahkn saje”

Panjang lg la citer ckgu aku tu…Cuma aku tnya dia knapa denda begitu, dia jwb manusia skrg jauh dgn akhirat..tu jek, utk didik menjadi org yg Berjaya harus dekat padaNya dahulu..heheh aku senyum sbb dulu masa aku kantoi tak g prep pun dia tak denda aku tp xde lak dia suh aku ngaji..”jd faridah utk membentuk manusia, kite pendidik ni perlu bntk diri sndiri dulu” aku jwb “baek cikgu, insyaallah” ptg kami berakhir dgn suasana dingin di Bandar tempat aku menuntut ilmu bersamanya dahulu…dingin sbb hujan…aku pun tak tau bila lagi akan aku jejak bndar kuantan ni..ehhe dan aku mendengar ayat yang sama dari mak anjang aku isnin lepas, mak anjang tak denda budak dgn rotan tp Tanya mcm mana cara solat, bacaan dia dan sbgnya..dlm hati aku ckp “sama lak mcm cara cikgu aku nih” ye la, aku if budak xsiap kije, aku cubit tepi perut dia jek..hahah tu stail cikgu zairi aku, tu la yg buat aku rajin blajo maths, smpai mak aku terpaksa berjaga smpi tgh mlm teman aku siapkan kije skolah, takut kena cubit ngan dia..sakiiittttt maaaaa…tapi aku tak pernah marah pun, mak abah aku tak pernah dtg skolah mengamuk pun, mak ayah kawan2 aku pun tak pernah bawak parang aku tgk nk serang2 cikgu kat skul aku dulu, sbb apa, diorang tahu cikgu nak mendidik bukan nak mendera anak2 diorang…

Tapi situasi skrg sgt berbeza, baru rotan sket esok mak dtg skolah marah2, kenapa anak2 dorang kna rotan, cubit wpun terang2 kesalahan dorg…kami guru faham mereka risaukan anak2, tapi pada aku, tak ada seorang guru pun yang tak mahu anak2 didik dia Berjaya..sebagai ibubapa mereka memantau, bukan mendengar cerita sblh pihak shj..aku ingt lg ada sorang akk yg aku jmpe masa course di serting dulu, bila bapak student dia dtg bwk parang marah2 sbb anak dia kna rotan, akk tu selamba jek ckp “pakcik, kalau anak yg buat slh tak blh nk tegur2 dan ajar mcm ni, dan pakcik anggap kami benci anak pakcik ni, tlg ambik dia blk umah skang gak dan ajar sendiri, xde org yg blh ajar kalau setiap kali tegur mak bapak yg terasa lebih” aku gelak jer masa tu sbb lum kna batang idung sendirik kan…tapi akk tu kata bapak dak tu diam lps tu, and anak dia still lg belajar tpt yg sama dan Alhamdulillah mampu mnjadi manusia..tak perlu terlebih Berjaya mcm aku ckp, cukup sekadar menjadi manusia kerana selalunya manusia ni bila dia berada di atas dia selalu sgt lupa pd orang lain dan pemberi kejayaan tersebut..tapi bila kite jadi manusia yg mampu berfikir, duduk di mana2 pun kite tetap kita, jadi org kaya ke, jadi org sederhana ke, jadi org susah ke, kite ttp serupa…

Tak perlu malu jika sekolah kite bukan berasrama penuh, tidak melahirkan graduan berprestasi tinggi, 9A straight setiap tahun, tiada markah lulus 100 peratus sepanjang masa, tapi cukup la jika anak2 didik kite itu mampu menjadi manusia berguna….tak perlu mengejar baiah seperti yang di laung2 kan selalu, tak perlu menolak anak2 yang tiada A semasa UPSR nya, kerana jika kite menolak mereka, ke mana hala tuju mereka? SBPI..MRSM..SBP..apa lagi nama2 sekolah terbaik di Malaysia ni? Tak mungkin sekolah tersebut menerima mereka, hanya kerana standard yg sudah ditetapkan, jadi ke mana kamu rasa arah pergerakan mereka? Akhirnya kerana tiada sesiapa sudi menerima mereka, mereka terbiar dimana2 tpt yg penuh dgn gejala social…so kalau kamu semua mahu melihat telatah anak2 istimewa skolah kami datang lah ke Form 3 al Khawarizmi SMRAJ, kerana di situ lah letaknya guru2 istimewa di sekolah kami, yang mengajar tanpa jemu, yg mengerah keringat saban waktu membentuk mereka menjadi manusia…jika aku katakana di sini lah mereka baru mengenal menulis mengeja, di sini lah juga mereka bary mengenal solat itu apa, dan di sini lah juga mereka belajar semua perkara…hehe sbb tu anida selalu kata cikgu2 smraj ni hebat2 belaka, sbb mereka perlu mendidik orang menjadi manusia, dan org itu dulu sama2 blh bersilat ngan cikgu kalau masuk class…aiyaa ckgu sudah jiwangg

“masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini”

Wednesday 18 January 2012

Selamat Kembali Cik Akauntan..ulpsss

ulpss...ermm sangat rindu pada dunia kewangan aku, rindu pada angka-angka, nak tekan calculator semula, nak deal ngan client dan segalanya laaa..merindui sesuatu yang dah hampir dua tahun aku tinggalkan, dan macam yang pernah aku bagitau seawal aku meletak jawatan untuk menjadi seorang guru dulu "MENINGGALKAN ITU TAK BERMAKNA MELUPAKAN" kerana apa yang ada didalam hati itu "BUKAN LUKISAN YANG BOLEH DI PADAM SESUKA HATI, JIKA PADAM PUN KESANNYA TETAP ADA WALAUPUN SEDIKIT" hoyeahhhhh...Alhamdulillah sepatutnya cik ida...ermmm pandai pun

so minggu depan aku akan kembali semula ke dunia akauntan dan auditor yang mungkin serabut sedikit tapi orang kata jika kita suka yang susah pun akan jadi senang. jika kita sayang, yang pahit tu pun sentiasa rasa manis, dan jika kita minat, yang berat pun sentiasa jadi ringan...semuanya bermula dari HATI, kalau nak macam2 cara akan kite usaha, tapi kalau taknak, sejuta alasan kita carik nak elak..hikhikhik

m=so cik ida, selamat kembali ke dunia kesayangan kamu...jangan malas2 ek..alamak..calculator kesayangan dah hilang, adoyaiii kena g kedai carik nihh..yg ada calculator scientifik jek, kira math boley la..ngeh3

dan bila aku dh duduk kat angka-angka macam dulu nihh...perangai lama datang semula la...dah gilakan cute cat semulaaa...haiyaaa so best of luck cik ida, semoga lebih baik dari dulu.. 

Siapalah Aku Hendak Menilai Orang Lain..

Assalamualaikum semua...selamat malam..hehe rajin pulak aku menaip kat blog merah yang dah bertukar kaler jadik biru hitam nih..maksudnya aku tidak banyak kerja la ek..owh tak laaaa, kerja sampai mati pun takkan pernah habis kan, relaks jap sambil tengok Maahad Al Amin kat TV Hijrah nih.. Apsal pulak aku wat tajuk kat atas tu ek..tak de lahh..teringat pada sesi berbual dengan seorang teman lama yang aku dah kenal lebih 10 tahun, chatting last week tapi hari ni kata-kata tu terasa sangat dekat dengan aku... Soalan aku sangat simple pada dia, tapi sangat berat untuk aku keluarkan dari mulut aku waktu tu, dan balasan yang keluar dari mulut dia "siapa lah aku nak pandang rendah pada engkau jika perkara tu betul2 terjadi idah, semua perkara bukan di bawah kawalan kita, semuanya telah di aturkan olehNya sejak kita lahir lagi"

ermm aku tau, ayat tu ikhlas dari hati dia..tadi duduk sorang2 balik dari sekolah memikirkan betapa kecilnya aku didunia nih, tertanya-tanya arah perjalanan sendiri..setiap hari aku melihat kekurangan orang disekeliling aku, sedangkan kekurangan sendiri sangat terserlah tapi aku tidak mampu menilainya..setiap hari melihat telatah anak2 didik, yang mana aku tau latar belakang keluarganya..ada yg pendiam, terlebih bercakap, minta perhatian iti dan ini hanya kerana mereka hadir dari permasalahan keluarga..jika dulu aku melihat orang sama sahaja, tapi tadi aku melihat mereka dari sudut berbeza, dgn meletakkan diri aku pada mereka kerana kadangkala aku melakukan perkara yang sama untuk menutupi kekurangan yang aku miliki, dan tadi aku belajar memahami apa maksud ayat dibawah. mungkin apa yang org disekeliling kita pernah berikan kepada kita samada dalam bentuk kesakitan atau pun kebahagiaan ada sebab tersendiri, yang tak mampu kita rungkaikan selagi bergelar manusia, dan aku teringin sekali bertanya kenapa? mengapa? tapi seorang teman juga pernah berkata "cuba hanim tanya pada Allah setiap persoalan tu, kita tak mampu nak jangkau ilmu Allah setitik pun Hanim"..tapi dh mmg aku kategori degil, aku suka berfikir and finally aku tetap balik pada basic juga, cuma aku degil dan tak kan tunjuk pada org lain yang aku dgr ckp dia sebenarnya...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).


so start esok boleh tak cik ida jadi lebih baik...hahah kalau najihah dengar nihh, mesti dia jeles nihh...azam tahun baru dia tiap2 tahun ni la, tapi kitorg selalu tergelincir....ulpsss naji, jgn mare..hehe insyaallah..segala sesuatu bermula dengan niat..dan jika benar2 terjadi sesuatu yang pernah aku ceritakan pada temanku suatu waktu dahulu...cewahh mcm lama sgt ek..aku mohon pengertian dari mereka disekeliling ku untuk memahami mengapa keputusan itu yang aku pilih kerana setiap keputusanku telah ku sandarkan kepada pemilik alam ini 

moga pencarian ilmu aku, tidak terhenti di sini...dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik kerana kekurangan yang terlalu banyak pada diri ini.. 

Monday 16 January 2012

lagu dolu dolu



dulu dulu zaman aku kije ngan en azuddin, lagu ni la yang slalu aku dengar bila tensen...pelik gak aku coz lum jadi isteri orang pun..tapi aku suka sangat lagu nih...moga-moga bila aku dah jadi isteri nanti, cenggitu la aku...hahahha berangan lak cik ida nihh..jangan nak mengediks okk..tapi sangat meaningful

Bila Rasa Lemah Menjelma

salam penuh kasih sayang...jom solat..ehhe dah lama aku tak dengar words tu, dulu time2 subuh selalu la aku dengar perkataan tu..dulu laaaa..masa zaman jahiliah maaa

sayu pulak dengar suara orang mengaji kat umah aku nih...tapi tidak la sesedap suara yang aku rindu masa zaman di teknik dulu, alunan azan dia, cara mengajinya dan bacaan semasa dia menjadi imam sentiasa buat aku teringat kat dia...hahhah aku pun sebenarnya dah lupa siapa nama hamba Allah yang selalu buat aku ternanti -nanti waktu solat setiap hari...itu cerita berbelas tahun dahulu...ingat lagi ko cik ida

alamak..nak masuk waktu sangat dah ni..jari laju lagi nak menaip apa ntah...LEMAH, itu la perasaan yang selalu berada dalam diri aku sekarang, aku tau itu bukan sifat aku sebab aku orang yg sentiasa kuat dalam hadapi semua perkara, aku tak pernah nak mengalah dan tunjuk aku lemah depan semua orang walaupun kadang kala aku berpura pura menjadi kuat walaupun hakikatnya motivasi aku dah terduduk tahap cium lantai dahh

siapa la yang mencuri semua kekuatan yang aku simpan selama ni...Dia berikan aku sedikit sifat sabar yang jarang2 aku dapat buat sejak sebulan ni, Dia berikan kembali sifat pemaaf yang dah lama hilang dalam diri aku, Dia kembalikan rasa sensitif dalam jiwa yang dah lama aku buang, Dia berikan aku mudah mengalirkan air mata sekarang ini hanya kerana peristiwa remeh tapi Dia tarik semula kekuatan bertahan dengan semua perkara yang aku miliki selama ini...

Dan bila sesekali rasa lemah ini menjelma, aku jadi kucar kacir....solat dengan titisan air mata, mengaji pun kengkadang terkeluar juga..huhu payah...dan sesekali rasa lemah itu datang, aku jadi mengalah pada banyak perkara dan aku buang rasa marah yang tersimpan dalam hati...dan aku tak pasti sama ada rasa lemah ini adalah kerana meminta aku mencari kekuatan tersendiri atau meminta aku menjadi yang lebih baik...dan sebenarnya aku letih untuk persaan lemah ini kerana aku tidak suka perkataan down, aku tidak suka perkataan TIDAK dan aku tidak suka kekacauan...dan aku masih meminta kekuatanMu Ya Allah untuk terus bertahan menjadi anak abah dan emak yang sangat kuat...Aminn

Wednesday 4 January 2012

penat ok!!!!

assalamualaikum....minggu yang sangat penat aku rasa, sampai hari ni aku dah buat muka dek kerana penat tahap gaban dah...LETIH, nak layan kerenah orang adalah perkara yang paling penat sepanjang hidup aku nihh...cewahhh..orang layan kerenah aku lum lagik aku kira tuh..heheh

hari ni, buat segala kije tapi sumer tak siap, sampai masa metin koko tadi aku dah nak muntah sbb penat sangat...pergi bank nk bank in duit coop pun dh naik berasap menunggu, kira2 duit tu tadi cukup aku nak g holiday kat karambunai..hehe...makcik liza nih kata cukup gak nak g korea kot,...hahha

kul 6.45 baru sampai rumah, baru merasa nak duduk berehat, luar dalam letih nih, dua tiga minggu ni perasaan tak berapa baik lagi, badan tak berapa sihat lagi, sumer jalan serentak, juz penyakit nak marah aku jer dah tak datang balik...bagus gak tu, hilang satu penyakit hati nihh..tapi dek kerana penat yang teramat sangat nihh aku rasa nak nangisssss....cepat ler berlalu semua kepenatan ini ya Allah...

dan aku meminta simpatiNya untuk meraih sesuatu yang bermanfaat dalam hidup aku yang sementara ini...amin

Monday 2 January 2012

mr bubuy

bangun tidur setelah penat seharian di sekolah....ermm pandang kanan aku nmpk spongebob comel ngan miss bubuy aku tgh senyummm...rindunye pada mr bubuy saya, harap2 dia terjaga baik kat sana...jangan dah tercabut kepala pulak ek...hehehhe

cik ida dh start sengall

huwaaa...aku dah kat skolah pagi-pagi tadi pack buku untuk student form 1 yang nak register esok...tgh dok kira-kira buku, alamakkkkkk (punye la panjang) huwaaaaa buku tak cukuppp...aku pandang jer liza...dalam hati berdebar gila, dlm kepala dok pikir idea..apa la gua nak buat nihh...xde nya si joo huat tu nak print buku nama skola aku dlm masa sehari ni..mau aku kena bakor ngan dia kalau aku mintakk..


"liza, jom g aneka beli buku jap, mntak2 la stok ada lagi" laju jer mulut bercakap...pergi aneka, beli 300 dulu utk stok esok...nasib baik ada lagi...the rest lagi 2500 nasib baik azreen dpt tempah kat tampin...huwaaa mau aku kena beleter seminggu ngan bos aku nihh...saper lagi gpk aku la kot..hahha tapi dah salah erima jeaku..tk laaaa...ermmm sedih sangat sebenarnyaa...aku careless..sob sob sob

hope everyting gonna be ok esok...aku kan suke wat muka slumber jek..harap2 xde paper..ok...nak mandi...papaiii