Monday 27 February 2012

salahkah menjadi ......

assalamualaikum...malam yang agak penat utk aku, mungkin kerana badan masih tidak sihat lagi..gara2 penat ke sanan ke mari memikir dan mengurus urusan duniawi yang tidak pernah berpenghujung...petang tadi melihat telatah anak2 buat operasi kering operasi basah ngan bomba, kelakar pun ada tgk gelagat dorang, yg semangat terlebey semangat, yang malas datang dgn longlainya..bikin hati ckgu marah sajek..apa pun doa aku semoga mereka menang dlm pertandingan lusa...aku tak boleh tgk muka kecewa dorg bila gagal,wpun dorg tak tau kesedihan seorang guru lebih besar bila melihat kegagalan anak didiknya wpun dia tak pernah tunjukkan...simpan jauh kat dalam hati kami saje..

awat tajuk tak habis ek..heheh takde isu nak bincang, cuma lepas solat maghrib tadi terpandang mutiara putih yg sentiasa berada di sisi katil aku...banyak cerita disebalik tasbih yg sangat aku sayang tu..haha biar lah rahsia..

tadi berbual panjang dgn seorang sahabat..sesaje bercerita, nak kata isi masa lapang tak jugak, tapi kelas aku ai isnin mmg ada 2 masa jek...nk wat camne, dari aku layan cite sumpahan kum kum tadik..heheh..

tertanya-tanya di jiwa..Salahkah Menjadi Seorang Yang Redha Pada Setiap Kejadian? Hati menjawab sendiri "Apa yang kita perlu cari sebenarnya, redha Allah atau redha manusia? Tak perlu tanya Faridahanim, awak tahu jawapan tu dari dulu...tapi kebanyakan manusia di muka bumi ini sekarang, hanya mengharapkan pujian orang, meminta penghargaan orang, sedangkan kita tidak tahu apa pandangan Allah pada kita..mungkin sesuatu yang terbaik di mata kita, tidak terbaik di sisi Allah tapi apa yang pedih di sisi kita, itulah yang terbaik pada pandanganNya...

tertanya lagi...Salahkah Menjadi Miskin? erm skop yang amat luas persepsinya..idak ada seorang manusia di dunia ini, yang ingin hidup miskin, tidak ada seorang pun yang mempunyai akal yang waras ingin menjadi bancruptcy, tidak ada satu makhluk pun di alam maya ini yang tidak mahu bermewah-mewah meraih kejayaan dan kekayaan setinggi langit...tapi bila ujian kemiskinan diberikan kepada kita, di situlah kita menilai dan di nilai..siapa yang membuat penilaian? sudah tentu lah Ya Rabb Penguasa Yang Maha Agung...Kita menilai sejauh mana kemampuan kita menghadapi ujian tersebut, kita melihat sejauh mana penerimaan org di sekeliling terhadap kita, adakah mereka masih bersama kita seperti waktu senang kita, atau menyalahkan kita dan melarikan diri dari kita setelah kegagalan kita...di situ kita sebagai manusia menilai manusia yang lain, di situ kita belajar mencari dan membina kekuatan utk terus bertahan agar tidak lemah walaupun kita sebenarnya SANGAT LEMAH dan HAMPIR TEWAS..tapi di situ Allah memberi peluang kepada kita menangis dan meminta-minta kepadaNya kerana mungkin selama ini kita terabai tanggungjawab terhadapNya..disitu Dia menilai tahap keikhlasan kita menerima takdirNya dan Dia menguji kita utk sentiasa bersyukur pada pemberian sementaraNya...tidak perlu lari kemana-mana atau dari sesiapa pun, kerana tidak menjadi kesalahan menjadi seorang yg miskin harta, kerana di dunia ini tidak ada seorang manusia yg tahu akan takdir masa hadapannya..apa yg akan berlaku dlm seminit lg pun tak pasti...kita merancang dan allah merancang, tapi perancangan Allah adlh yg terbaik..

salahkah menjadi org yang bersyukur? ahhah soalan nmpk bodohkan..tapi itu yg pernah ditanyakan...knp ek.."ko ni dah sakit mcm ni pun blh ketawa gembira lagi ek?" "eh aku syukur apa, klu aku tak sakit, aku tak dpt rehat hari ni, dr tak bg mc, so skang aku dpt tidur lena, rehat ngn tenang tanpa perlu fikir ttg kije" see, dlm kesakitan pun masih mampu bersyukur dgn pemberianNya, nmpk mudah diluahkan dgn kata2 sedangkan realitinya agak sukar utk aku amalkan..cuma sdg belajar menghargai ssuatu wpun dlm keperitan..sama mcm soalan, salahkan kalau menjadi isteri kedua? haiyaaa soalan yg sgt dibenci oleh mana2 perempuan kot..ngeh3...berani kamu tanye soklan ni ckgu hanim...hehe tidak ada istilah salah utk soalan tu, cuma penerimaan manusia berbeza antara satu sama lain, pernah ke kita bertanya kenapa dia perlu mencari isteri kedua? pernah ke kamu bertanya kenapa dia sudi menduduki ruang yg sgt sempit dlm hati sang suami sedangkan dia dah tahu ruang lain tlh di penuhi dan di huni oleh ibu bapa, isteri pertama dan anak2 kesayangannya...kita tidak pernah tahu sebab mengapa terjadinya sesuatu melainkan kite sendiri berada di dlm situasi itu....bukan menyalahkan mereka shj...aku terlupa kata-kata seorang teman suatu waktu dahulu bila aku kerap mempersoalkan mengapa mesti terjadinya sesuatu perkara itu...dia jwb "Hanim, kite tidak pernah tahu apa yg dilalui oleh seseorg dgn hanya melihat luarannya, andai dia ketawa, belum pasti hatinya juga ketawa" ulpsss sgt berharga kata2 tu pada aku..jadi bersyukur lah dgn apa yang kamu miliki dgn cara kita sendiri kerana belajar menghargai sesuatu itu adalah sangat sukar...

salah kah menjadi pencuri? ye..mmg salah, tapi bertanyakah kamu, knp dia mencuri, tidak ada seorg manusia normal yang lahir2 bercita2 mnjadi pencuri professional...desakan hidup membawanya ke arah itu, tapi setiap manusia mampu berubah mnjadi yg terbaik, bantu lah dia utk mnjadi manusia baru, bukan sentiasa menyalahkan dia...bimbinglah dia supaya berubah dan tidak rasa terpinggir krn kesalahannya dan bantu la dia utk menjadi lebih baik krn kite sama2 akn berubah bersamanye...insyaAllah...

ok lah cik lot tepon aku...nk bergosip ngan bespren kesayangan aku nihh...take care di sana, saye sayang semua org disekeliling saye..muahhh

Thursday 2 February 2012

Jangan Pernah Lari Dari Masalah

"Kita Tidak Akan Mampu Melawan Setiap Bencana, Menakluk Setiap Derita Dan Mencegah Malapetaka Dengan Kekuatan SENDRIRI"

"Jangan pernah lari dari masalah. Berhadapanlah tanpa berganjak sedikit pun. Andai terpaksa jua mengundurkan kaki, biarlah ia hanya sementara. Sebelum kita melangkah kembali ke depan, berhadapan semula dengannya."

Teringat kata-kata dari seorang bekas ketua yang sangat sy hormati. Ketika itu masih kekosongan jiwa, waktu itu terasa ingin memilih melarikan diri, membiarkan sahaja masalah itu tergantung di situ.

Namun kata2 itu menyekat, bagai ada dinding yg menahan agar terus bertahan utk bangkit dan berusaha kembali, menjemput semula semangat yang hilang. Waktu diri terasa lemah, tak brdaya rasanya berhadapan dgn ujian tersebut, tapi ujian tetap datang wpun kita tidak menjemput. Lantas di hulurkan kepada sy sepotong firman Allah yg bermaksud:
"Cukup lah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adlh sebaik-baik
Pelindung. Maka, mereka kembali dgn nikmat dan kurnia Allah, mrk
tidak mndapat bencana apa2, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan
Allah mempunyai kurnia yg besar"-Ali Imran 173-174

Semasa diri di uji, musibah dan bencana datang silih berganti. Adakalanya ingin sahaja sy berhenti melakukan apa2, membiarkan semuanya berlaku sendiri Namun itu bukan penyelesaiannya. En. Rizal dulu pernah juga bercakap pada aku "Hanim, setiap yg bermula tu akan berakhir, so jgn risau tunggu shj bila penamat dia" tapi dh mmg lumrah sy, jiwa yg rapuh kadangkala pasti tertunduk kerananya, kerana menerima kepahitan bukan mudah, menelannya jua kadang2 tersekat-sekat, nak telan atau ludah jek..pilih la..

Ubat tu pahit..tapi utk kebaikan, sama mcm sunah kehidupan, gembira dan seronok tak berkekalan, pasti di celahnya ada penderitaan. Kita selalu mengelak kepahitan krn mahu menerima yg baik2 aje. Kita memilih utk tidak mencuba, krn takut kritikan atau kehilangan, ketika itu hidup kita jadi biasa2 shj krn tiada cabaran. Siapa tahu jika mencuba melakukannya dgn bersungguh, Allah membantu kita mndapatkannya melalui cara sukar begitu. Mungkin Allah sdg melihat sejauh mana usaha kita utk mendapatkn sesuatu, dan jika itu rezeki kita, yg telah ditentukan di Luh Mahfuz lg, Alhamdulillah, jika tidak sekurang2nya kita dh mencuba kan..Mohon dan bertawakallah kepada Ya Rabb agar diberi kekuatan dan bersangka baik lah dgn Allah.

"Percaya sepenuhNya kpd Yang Maha Pelindung dan serahkan semua perkara kepadaNya. Jika tidak jalan keluar mana lagi yg akan di tempuhi manusia lemah tak berdaya ni pada saat diri menghadapi ujian dan cabaran?" kerana kita tak mampu bersandar pd kekuatan diri, dan kita mengaku kita mansia yg lemah di sisiNya.

Saya selalu bertanya "mengapa ketika diri cuba melakukan semuanya dgn sempurna, setiap kali itu lah kesilapan tetap muncul"

"Kadangkala dibukakan kpdmu pintu ketaatan tetapi ditutup bagimu pintu penerimaan. Ketka yang lain di takdirkan bagimu melakukan maksiat. Tetapi, itu sbnrnya mnjadi jambatan kpd mu utk sebuah penyesalan. Perbuatan maksiat yg akhirnya membawamu kpd keinsafan dan penyesalan itu lebih baik drpd melakukan ketaatan yg menjadikan kamu riak lagi sombong" sy terdiam mendengar kata-kata itu, dalam hati bertanya, dari mana datangnya ayat penuh makna ini...usai pertemuan, sy search di internet, kot2 terkeluar kt google kan...ye..datangnya dari seorang yg sangat diketahui umum, Sayidina Ali yg merupakan sahabat dan menantu junjungan mulia kita, Muhammmad S.A.W.

Hidup ini anugerah Allah. Kadangkala ia menahan kegembiraan dan kesedihan kita. Bahasanya bisu. Kita tidak dpt melihatnya, apatah lagi menyentuhnya. Cuma kita dpt merasai dan menikmatinya. Hidup juga yg menghulurkan seseuatu kpd kita, disamping memberi tangisan, ia juga menghadiahkn senyuman. Mcm sungai, airnya blh hilangkn dahaga, tapi ada masa dia blh lemaskn kite. Kita byk belajar dari kesilapan dan waktu sukar bukannya ketika kemewahan dan kemudahan.

ermm dah maghrib, jom solatt...lagipun penat hari ni dengan kerenah anak didik bermain bola tampar...suara pun dah hilang...moga kita mendapat sesuatu dari sini..InsyaAllah