assalamualaikum...malam yang agak penat utk aku, mungkin kerana badan
masih tidak sihat lagi..gara2 penat ke sanan ke mari memikir dan
mengurus urusan duniawi yang tidak pernah berpenghujung...petang tadi
melihat telatah anak2 buat operasi kering operasi basah ngan bomba,
kelakar pun ada tgk gelagat dorang, yg semangat terlebey semangat, yang
malas datang dgn longlainya..bikin hati ckgu marah sajek..apa pun doa
aku semoga mereka menang dlm pertandingan lusa...aku tak boleh tgk muka
kecewa dorg bila gagal,wpun dorg tak tau kesedihan seorang guru lebih
besar bila melihat kegagalan anak didiknya wpun dia tak pernah
tunjukkan...simpan jauh kat dalam hati kami saje..
awat tajuk tak
habis ek..heheh takde isu nak bincang, cuma lepas solat maghrib tadi
terpandang mutiara putih yg sentiasa berada di sisi katil aku...banyak
cerita disebalik tasbih yg sangat aku sayang tu..haha biar lah rahsia..
tadi
berbual panjang dgn seorang sahabat..sesaje bercerita, nak kata isi
masa lapang tak jugak, tapi kelas aku ai isnin mmg ada 2 masa jek...nk
wat camne, dari aku layan cite sumpahan kum kum tadik..heheh..
tertanya-tanya
di jiwa..Salahkah Menjadi Seorang Yang Redha Pada Setiap Kejadian? Hati
menjawab sendiri "Apa yang kita perlu cari sebenarnya, redha Allah atau
redha manusia? Tak perlu tanya Faridahanim, awak tahu jawapan tu dari
dulu...tapi kebanyakan manusia di muka bumi ini sekarang, hanya
mengharapkan pujian orang, meminta penghargaan orang, sedangkan kita
tidak tahu apa pandangan Allah pada kita..mungkin sesuatu yang terbaik
di mata kita, tidak terbaik di sisi Allah tapi apa yang pedih di sisi
kita, itulah yang terbaik pada pandanganNya...
tertanya
lagi...Salahkah Menjadi Miskin? erm skop yang amat luas
persepsinya..idak ada seorang manusia di dunia ini, yang ingin hidup
miskin, tidak ada seorang pun yang mempunyai akal yang waras ingin
menjadi bancruptcy, tidak ada satu makhluk pun di alam maya ini yang
tidak mahu bermewah-mewah meraih kejayaan dan kekayaan setinggi
langit...tapi bila ujian kemiskinan diberikan kepada kita, di situlah
kita menilai dan di nilai..siapa yang membuat penilaian? sudah tentu lah
Ya Rabb Penguasa Yang Maha Agung...Kita menilai sejauh mana kemampuan
kita menghadapi ujian tersebut, kita melihat sejauh mana penerimaan org
di sekeliling terhadap kita, adakah mereka masih bersama kita seperti
waktu senang kita, atau menyalahkan kita dan melarikan diri dari kita
setelah kegagalan kita...di situ kita sebagai manusia menilai manusia
yang lain, di situ kita belajar mencari dan membina kekuatan utk terus
bertahan agar tidak lemah walaupun kita sebenarnya SANGAT LEMAH dan
HAMPIR TEWAS..tapi di situ Allah memberi peluang kepada kita menangis
dan meminta-minta kepadaNya kerana mungkin selama ini kita terabai
tanggungjawab terhadapNya..disitu Dia menilai tahap keikhlasan kita
menerima takdirNya dan Dia menguji kita utk sentiasa bersyukur pada
pemberian sementaraNya...tidak perlu lari kemana-mana atau dari sesiapa
pun, kerana tidak menjadi kesalahan menjadi seorang yg miskin harta,
kerana di dunia ini tidak ada seorang manusia yg tahu akan takdir masa
hadapannya..apa yg akan berlaku dlm seminit lg pun tak pasti...kita
merancang dan allah merancang, tapi perancangan Allah adlh yg terbaik..
salahkah
menjadi org yang bersyukur? ahhah soalan nmpk bodohkan..tapi itu yg
pernah ditanyakan...knp ek.."ko ni dah sakit mcm ni pun blh ketawa
gembira lagi ek?" "eh aku syukur apa, klu aku tak sakit, aku tak dpt
rehat hari ni, dr tak bg mc, so skang aku dpt tidur lena, rehat ngn
tenang tanpa perlu fikir ttg kije" see, dlm kesakitan pun masih mampu
bersyukur dgn pemberianNya, nmpk mudah diluahkan dgn kata2 sedangkan
realitinya agak sukar utk aku amalkan..cuma sdg belajar menghargai
ssuatu wpun dlm keperitan..sama mcm soalan, salahkan kalau menjadi
isteri kedua? haiyaaa soalan yg sgt dibenci oleh mana2 perempuan
kot..ngeh3...berani kamu tanye soklan ni ckgu hanim...hehe tidak ada
istilah salah utk soalan tu, cuma penerimaan manusia berbeza antara satu
sama lain, pernah ke kita bertanya kenapa dia perlu mencari isteri
kedua? pernah ke kamu bertanya kenapa dia sudi menduduki ruang yg sgt
sempit dlm hati sang suami sedangkan dia dah tahu ruang lain tlh di
penuhi dan di huni oleh ibu bapa, isteri pertama dan anak2
kesayangannya...kita tidak pernah tahu sebab mengapa terjadinya sesuatu
melainkan kite sendiri berada di dlm situasi itu....bukan menyalahkan
mereka shj...aku terlupa kata-kata seorang teman suatu waktu dahulu bila
aku kerap mempersoalkan mengapa mesti terjadinya sesuatu perkara
itu...dia jwb "Hanim, kite tidak pernah tahu apa yg dilalui oleh seseorg
dgn hanya melihat luarannya, andai dia ketawa, belum pasti hatinya juga
ketawa" ulpsss sgt berharga kata2 tu pada aku..jadi bersyukur lah dgn
apa yang kamu miliki dgn cara kita sendiri kerana belajar menghargai
sesuatu itu adalah sangat sukar...
salah kah menjadi pencuri?
ye..mmg salah, tapi bertanyakah kamu, knp dia mencuri, tidak ada seorg
manusia normal yang lahir2 bercita2 mnjadi pencuri
professional...desakan hidup membawanya ke arah itu, tapi setiap manusia
mampu berubah mnjadi yg terbaik, bantu lah dia utk mnjadi manusia baru,
bukan sentiasa menyalahkan dia...bimbinglah dia supaya berubah dan
tidak rasa terpinggir krn kesalahannya dan bantu la dia utk menjadi
lebih baik krn kite sama2 akn berubah bersamanye...insyaAllah...
ok
lah cik lot tepon aku...nk bergosip ngan bespren kesayangan aku
nihh...take care di sana, saye sayang semua org disekeliling
saye..muahhh
No comments:
Post a Comment