Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang
terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi
itu pula yang berlaku.
Apabila berlaku demikian hati kita pasti
terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana
kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama,
kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu
peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat
dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Hakikat yang mungkin
sangat sukar untuk kita terima, tetapi tetap perlu diterima...Apa yang
berlaku tetap berlaku...Sama seperti aku malam tadi, perancangan aku utk
hari ini adalah berbeza dgn apa yg terjadi dan aku mungkin sangat
terkilan dengan mereka yang bersedia membantu aku untuk menghabiskan
kerja yang tertangguh hampir enam bulan ini, bila last minit mereka
berkata TIDAK pada aku...hampir terduduk dan menitiskan air mata aku
semalaman, kerana aku benar2 perlukan bantuan mereka bagi menyelesaikan
sesuatu...titipan seorang teman mengembalikan aku kepada realiti
sebenar, itupun sesudah subuh tadi mampu berfikir dengan akal.."belajar
la bergantung sepenuhnya kepada Allah, bukan kepada manusia, semoga
Allah membantu"..maka aku mohon di tunda apa yg sepatutnya berjalan
minggu ini...semoga kami berada dlm lindunganNya..
Begitulah
juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita
idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama,
dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya
kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh
Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini?
Kenapa gagal?
Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam
fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap
ketentuan Allah. Sedarlah aku, bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita
sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah
aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik
hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi
jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa...(huhu kdg2 aku buat
juge)
Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada
kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan
tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu
juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan
tidak berusaha… Kita sudahpun beruasaha, tapi gagal juga. Apa perlu
dibuat lagi? Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya,
kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita
kejayaan yang lebih besar lagi. Whoaaa Faridahanim...berkata-kata itu
mudahkan, tp setiap kali ujian datang setiap kali juga air mata aku
menitis laju..hehehe takpe la tu terapi aku untuk bertenang...
Sesekali
bertanya, menjadi insan terpilih merasai mehnahNya, membuatkan aku jadi
sangat lemah, dan setiap kali memotivasi diri Alhamdulillah bergerak
setapak ke hadapan..kdg2 aku perlu berundur setapak, supaya aku berfikir
yang terbaik untuk org lain apatah lagi utk diri sendiri...jadi aku
berdoa semoga org di KL esok berjaya...aku tidak dapat hadir esok...esok
aku akan bergerak setapak ke belakang, meminta sedikit ruang supaya aku
boleh berlari laju pada minggu hadapan...Ya Allah izinkan lah
perjuangan aku selama hampir setahun ini selesai dengan sempurna...aku
penat menghitung mehnah sedangkan selautan pemberianNya telah aku miliki
selama ini...itu tanda Allah sentiasa sayangkan aku, sebab itu aku di
uji..huhu InsyaAllah aku akan kuat...
Alamakkkk...kul 7.40,
mandiiiii nak g skolah kelas tambahan perdagangan form 5...hurmmm harap2
anak2 aku yg 7 org ni akan berjaya cemerlang dunia akhirat wpun, slalu
bikin tekanan darah cikgu jadi tinggi....ehhe Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment