~~hari ini mereka membuat kami rasa begini~~
Assalamualaikum…Salam
Penuh Rahmat untuk semua umat Muhammad di hari Jumaat yang sangat mulia
ini. Moga semuanya berada didalam lindunganNya selalu. Amin..
Usai
solat subuh tadi, aku terus bergerak ke hospital menyelesaikan urusan
insan tersayang yang aku jaga sejak lahirnya kedunia…Selesai semuanya
aku bergegas ke destinasi kehakiman, mahkamah dunia mendengar keputusan
yang sangat menyakitkan hari ini. Maka hari ini, barulah aku faham tidak
pernah ada keadilan dalam undang2 dunia kerana pemutusnya adalah
manusia biasa seperti aku yg serba kekurangan. Dan aku mengerti huru
hara yang berlaku did lm dunia ini, kerana ketidakadilan yang diberikan
kpd mereka…sebab tu kite tgk demontrasi penyokong anwar Ibrahim di sana
sini menentang kehakiman, kerana bukti itu boleh kita cipta….ulpsss aku
bukan penyokong PKR ek, apatah lagi mana2 parti politik sbb aku
berjuang utk mereka yg sepatutnya shj…
~~yeah-yeahhh kami berjaya menjadi penipuuuu~~
Tapi
hari ni, Jumaat yang sangat mulia ni, aku dan kami (word yg sepatutnya
keluar) merasa sangat teraniaya….titisan air mata kami hari ini kerana
terkilan, kptsn yg diberikn berdasarkan fakta yang dicipta….Tahniah aku
ucapkan kepada dua orang yang akan aku ingat sampai bila2…tahniah sgt2
kpd Dalina dan Khairul (pertama kali aku mention nama mereka dan kes
disini) kerana kejayaan kamu menampilkan enam saksi palsu untuk kami.
Demi Allah, enam saksi kamu tidak mengeluarkan kata2 yg benar sepanjang
sesi biarpun selepas mereka mengangkat sumpah…apa sgt lah sumpah di
mahkamah kan…ehhe dan demi tuhan selepas kptsn diberikan kpd kami hari
ini, aku merasa teraniaya….dan ayat pertama yg aku keluarkan kpd Dalina
aku maksudkan dari hati…”tahniah atas kejayaan kamu, tapi mulai hari
ini, apa saja kesakitan yg kami rasa, kesusahan yg kami tanggung, org
yg membuat kami rasa begini, akan merasai lebih berat dari apa yg kami
hadapi, aku tidak akan redha pada kesakitan yg kamu berikan kerana 6 org
yg memberikan ucapan palsu itu, dan setiap sen yg mereka ambil dari
kami tidak aku halalkan sehingga kering darah mereka” aku tidak diajar
berdendam, apatah lagi membenci sesama manusia…rakan2 yg kenal aku tau,
marah aku selalunya tak akan lebih dari 3 hari….itu aku….tapi hari ini,
demi Allah, aku tak membenci, aku tak berdendam, tapi hanya Allah yang
tahu…dan hanya Allah yang mampu memberi Nur kpd mereka atas apa yg
mereka lakukan…
Jadi hari ini, aku mempertikai suatu keputusan,
cuma kami belajar redha pada ketetapan Allah. Mencari hikmah yang
tersembunyi untuk kami. InsyaAllah, ada jalannya walaupun jawapan itu
mengambil masa yang lama. Teringat perbualan dengan rakan seminggu yang
lalu. “Malaysia mengamalkan undang2 cara Islam, setiap apa keputusan
mesti berdasarkan Islam” dan aku balas “ Yup, undang2 Islam
diperuntukkan disini, tapi pengamal undang2 itu sendiri yg tidak
mengamalkan Islam itu sendiri.” Dia pandang aku dgn senyum yang nak tak
nak aje, coz dia pengamal undang2, so dia akn menegakkan apa yg
diusahakan. Cuma soalan terakhir aku kat dia yg xde jawapan “ S___, u
tak takut ke kerja nih, sblh kaki u dh ke neraka, kalau u salah buat
kptsn, u takkan mampu ubah semula” dia cuma diam…..dan hari ni, rakan
dia menerima tempias penipuan manusia…..aku menangis….kami
menangis….tapi takkan mengubah apa pun….tapi seperti yg aku bgtau tadi,
mahkamah dunia takkan standing mahkamah Allah, jika hari ini kamu
menganiaya kami, ia akan kembali semula kepada kamu…cepat atau lambat
sahaja….dan petang tadi, aku mengintai data Bukit Aman, sebesar mana
perkara yg kamu berlapan sembunyikan dari tatapan umum, jika tiba
masanya Allah nk tunjuk, kamu akan merasainya…dan aku harap data
tersebut tak dimanipulasi pihak berkuasa, kerana dunia materialistik
sekarang mampu ditumpaskan dgn menggunakan duit shj, bukan lagi hukum yg
berlandaskan Quran…..walaupun apa yg kamu berikan kepada kami hari ini,
tak mampu ditarik balik, kami maafkan kamu, tapi seperti apa yg aku
katakan awal tadi, kesakitan kami rasai, akan kamu rasai lebih dr yg
kami lalui mulai hari ini……..
Firman
Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa
yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat
(balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah
pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
No comments:
Post a Comment