Sunday 30 September 2012

Loss of memory

jemari laju ingin mencoret sesuatu...tapi jiwa rasa kosong kerana kepenatan melanda diri.....bangun dari mimpi selepas pulang dari kem, baru perasan, penat sangat rupanya minggu nihhh...tarik laci bukak diari, pandang kertas merah yang dh lama bersemadi....walau di copy sgt bererti utk diri...owhhhh ghoshhhhh teringat kembali tentang tragedi...manisssssssss
I thank the loss of my memory
Of those days when I had not a friend
I am thankful to the memory
Of those great moments when we are together

I thank the loss of my memory
Of those seconds prior to your reasonableness
I am thankful to the memory
Of the great dimple when you smile

I thank the loss of my memory
Prior to the reduction of your anger
I am thankful to the memory
Of those great sharing moments of your success

I thank the loss of my memory
For the reasons of our arguments
I am thankful to the greatest
Moments of my life with you.

Tuesday 25 September 2012

Bila Gugurnya Sehelai Daun Itu....

Assalamualaikum...In The Name Of Allah The Most Gracious And The Most Merciful...Salam Penuh Kasih Sayang...blink3 (otak sangat kosong malas memikirkan apa2)
Hanya kerana merenung pasu bunga di sisi katilku...dan di meja itu ada sehelai daun ros yang hampir kering..Aku pegang dan.....otak laju berfikir tentang banyak perkara...selalunya bila badan tak berapa sihat, aku malas nak fikir tentang banyak perkara...tapi sehelai daun ni membawa beribu maknanya saat ini...
Gugurnya sehelai daun ini, bermakna terpisah lah ia dari tangkai berduri yang sentiasa melindunginya saban hari....terpisahlah dia dari wangian bunga yang setiap saat mengharum disisinya....terpisah lah dia dari segala apa yang menjadi miliknya....sama seperti kita....saat ajal datang memanggil, terpisah lah kita dari semua yang kita miliki, benci atau pun yang kita sayang, maka tinggallah semuanya..Kita tak akan pernah tahu bila, dimana dan bagaimana ajal kita, Adakah saat kita mengetahuinya, kita telah bersedia untuk melaluinya dengan tenang dan redha, Redha kerana nama kita yang tertulis pada dedaunan di Arash yang akan gugur akhirnya...Mampu ke melalui semuanya bersendirian kini?


Takziah buat seorang sahabat, atau mungkin lebih dari seorang sahabat, kerana padanya selalu aku khabarkan kisahku.... saat aku ketawa gembira, apatah lagi kisah airmata saat aku hiba dan kecewa...Pemergian bonda tercintanya petang Jumaat lalu, kehilangan yang besar untuk dirinya...Aku faham...Air tangan bondanya pernah mengisi perutku saban waktu dulu...Ermmm bila tiba-tiba tekak aku nak makan roti jala jer, laju jer kaki aku melangkah masuk ke biliknya, takde nak ketuk-ketuk pintu dah jumpe manager aku yang sorang ni...tetiba duduk senyum2 depan dia "Encik Ju, aku  teringin nak makan roti jala, apa kata suh mak ko masak esok"...hehhhe..."Mak aku masak time spesel jek cik ida oiiiiii"...bingit telinga aku nk dengar dialog tu.....tapi at least aku dpt mkn jugakkkkkkk...ngeh3...ermm itu zaman aku jadik auditor dulu la, zaman segala macamnya malas aku nak buat, sumenya main order free jek...tapi before pemergian arwah, sempat juga la kami bercerita ttg arwah, kalau tak langsung aku tak tau dia sakit....Moga Roh bondamu tenang dan aman disana, bersama golongan soleh..Aminn
Ermmm....sebut ttg kematian, teringat kisah satu hari di sebuah hospital...Selepas dua hari warded, dia dah tak tahan nak buat macam2 yang dia selalu buat...lappy dah on off banyak kali, segala cerita dah abis tgk dlm hard disk.....dah bosan dgn doktor yg senyum2 masa pegang tangan nak suntik amek darah, wahh dia ingt tak sakit masa cucuk tu....adengan pusing kanan kiri, bangun duduk tak berapa blh tido kat atas katil hospital, bunyik macam2 la....ntah hape2 lagi la alasan yang hati dia bagi masa tu....maka saat ucapkan selamat tinggal pada katil tersayang, mari melarikan diri dari sepital....tanak masuk hospital lagikkk...padahalnya alasan lari hospital, bukannya apa pun, dah bosan....nak buat kerja jugakkkkk....."degil" ayat tu memang terbaik masuk gegendang telinga dia masa tu....wahhhhhh sedapnya cakap...bapok bosannya duduk situ org lain tanak amek kira...Itulah, masa Allah bagi berehat, sebok nak buat kerja itu ini, bila tgh penat kerja, masa tu la sebok berdoa, nak berehattt yo la...itu la dia pada suatu hari....sape dia tu? heheheh cik ida sengal laaaaa......dh degil, bila nak baek sakitnya kan...hehheh

Eh..eh apa kaitan dgn daun tu pulak ek...entah, tapi dalam seminggu ni memang teringat tentang mcm sesuatu....berkaitan dengan gugurnya sehelai daun itu....Andaikata namaku yang tertulis, saat itu aku pun tak pasti apa perasaanku.....dan bila teringat kisahku di hospital duluuuuuuuuuuuuu....hehhe mcm lama sgt kan ..entah2 baru 2 3 jam lepas jek melarikan diri...masa tu la terbayang banyak perkara.....apa yang akan aku buat..apa yang akan aku bawa.....apa yn akan aku tinggalkan....segala macam....tapiiii bersediakah aku? Bersedia atau tidak, bila namaku telah tertulis, maka lakukan lah yang terbaik sebelum ajal menjemput dan semoga selamat mereka yang akan aku tinggalkan.

Friday 21 September 2012

Iya, aku memang memilih

Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang tidak berseluar pendek dalam setiap aktivitinya
Tapi, aku masih lagi tidak bertudung dalam setiap perjalanan keluarku
.
Iya aku memang memilih
Memilih lelaki yang tidak sesuka hatinya menyentuhku
Tapi, aku masih lagi mendedahkan tubuhku, tidak menjaga auratku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa mencari rezeki yang halal untukku
Tapi, aku masih lagi menipu dan mencuri untuk mengisi perutku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa menjaga solat lima waktunya
Tapi, setiap kali azan dilaungkan aku masih lagi berlibur bersama temanku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang mampu menjadi imam dalam setiap solat-solatku
Tapi, aku masih tidak mampu berjemaah di surau pada zaman bujangku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang mampu mengajar zuriat-zuriatku mengenal jawi
Tapi, aku sendiri “alif, ba, ta” tak lepas-lepas nak baca lagi
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang akan mendidik aku dan zuriatku mengaji
Tapi, lepas solat pun aku lupa membaca Al-Quran sendiri
.
Iya, aku memang memilih
Lelaki yang menyayangi ibu bapanya melebihi nyawa sendiri
Tapi, aku masih lagi mengabaikan kasih sayang yang mereka beri
.
Iya, aku memang memilih
Lelaki yang berzikir dan solat saat bangun sepertiga pagi
Tapi, aku masih tetap nak peluk bantal melayan mimpi indah lagi
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang menjaga tuturkata dan perilakunya
Tapi, aku masih lagi lantang bersuara, umpat mengeji
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa basah dengan  zikirnya saban hari
Tapi, aku masih lagi suka mendendangkan lagu mengisi masa sunyi
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa menegur saat aku betul mahupun khilaf
Tapi, aku tetap suka menganggapnya berkicau bagai camar yang terbang
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang akan bersamaku dunia dan akhiratku
Tapi, aku masih lagi mengambil mudah urusan agamaku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa membawaku ke syurgaMu
.
MAKA, aku akan sentiasa berusaha menjadi hambaMu yang terbaik
Kerana Allah telah menjanjikan
Perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik
Perempuan yang jahat, hanya untuk lelaki yang jahat
Dan...InsyaAllah serta Alhamdulillah

Thursday 13 September 2012

Dulu dan Sekarang

Dulu...pegi sekolah kayuh basikal jer, takpun jalan kaki ngan kawan2
Sekarang...bermacam jenis jenama kereta depan pagar sekolah drop anak2 mereka

Dulu...pegi sekolah ramai yang pakai skirt aje (alamak tak reti nk sebut nama baju tu)
Sekarang...majoriti berbaju kurung dan bertudung wpun darjah satu

Dulu...cikgu lalu tepi kelas jek terus senyap, tak berdecit langsung
Sekarang...hai cikgu, pakai baju baru ek ai nih

Dulu...kalau boleh taknak langsung lalu kat bilik guru, TAKOT
Sekarang...dlm sehari lima enam kali muka dia saja kat dalam bilik guru tu

Dulu...nak telepon cikgu tanya hal2 kat skolah pun tak berani
Sekarang...SMS cikgu say "gunite, sleep tight" "morning, have a nice day" tu perkara biasa jer

Dulu...tak tido malam mak temankan nak siapkan homework
Sekarang...datang skolah dengan muka tak bersalah je homework tak siap

Dulu...zapp, kena libas ngan cikgu sebab suh hantar buku ai selasa, ai rabu baru buku ada atas meja
Sekarang...ok, murid2, tak siap kije lagi takpe, esok usaha lagi ye utk siapkan homewok kamu, cuba lagi tau, jangan give up

Dulu...dinding belakang class aku tu jadi mangsa masa hantukan kepala sebab cikgu bagi 10 soklan, kitorg juz jwb 5 jek
Sekarang...usap-usap kepala murid ye, sambil cakap "jangan degil ye, cikgu bagi kije skolah ni supaya kamu pandai, jadi buat la kije tu, jangan malas tau"

Dulu...kutip biji saga dan cari lidi kelapa nak teror mengira dan hafal sifir
Sekarang...tampal la sebesar dinding pun segala sifir, idok ler jugek mahirnya

Dulu...tak mampu bawak add math xde plak aku ckp kt abah nak pindah sekolah, tak berani
Sekarang...bersusah payah mak ayah minatk borang tukar sekolah..alasan "anak sy tak mampu belajar BM kat sini, ckgu garang laa, ank x dpt fokus" hehe klise

Dulu...cikgu mengajar generasi X mcm harimau meroyan, tapi lahir la generasi beraneka bidang yang kuat menghadapi apa jua cabaran yang datang

Sekarang, cikgu mengajar generasi Y penuh berdondang sayang, sebab tu lahir la mereka yang take for granted utk banyak perkara, lemah sana sini sebab merasa diri terlalu bagus. Tak mampu ditegur tak boleh di usik, bimbang emosi diri terusik..

hehehhe

Dulu...bila ckgu masuk class jer ckgu ckp " ok class, bukak buku teks sekarang, kita sambung belajar semula"
Sekarang..."ok class, cikgu dh start nak ngajar nih, sape yang nk blajo blh ddk dlm class, yang rasa malas boleh la ke padang main2 atau ke surau tidur ye, takde masalah, jgn risau cikgu tak marah, buat la"

Esok..."cikgu kenapa anak saya teruk sgt belajar nih, itu tak tau, ini tak boleh buat, itu tak faham, ini tak reti, pemalas sangat"

Lusa..."encik, puan, kami jalankan tanggungjawab mendidik dan memberi ilmu, tapi kami tak boleh tegur bila buat silap, kami tak boleh usik bila dia tak beradab, kami tak boleh sentuh, bila dia khilaf, kerana kami cuma seorang CIKGU, yang sentiasa ditegur bila suara bervolume tinggi, yang sentiasa dimarah kerana menggunakan rotan dan sentiasa di jeling kerana cubitan kerana cuba menjadikan anak tuan puan seorang manusia berguna dunia dan akhiratnya, jadi terimalah mereka seadanya sahaja yer"

Saturday 8 September 2012

~~untung laaaa jadik cikgu~~

Assalamualaikum...sihat semua ek? Heheee nak senyum setiap kali keluarkan atau dengar ayat kat atas tu " UNTUNG LAAA JADIK CIKGU"...mana taknya, kat skolah macam dah jadik trademark cikgu2 kat sini, asal bersembang jek or buat sumtin, tetiba ayat tu pun kuar...hahahhah...apa kes? ini sume gara2 cik engineer liyana kita yang tak sempat berfikir masa buat statement dulu kot....lawak lawak.....masa baca statement tu dulu, punya la bising cikgu2 ni kan...tapi siti nani lg best, baca blog tu, ngan blog yang balasnya, dgn nada yg cukup menarik....tapi ayat yg kitorg guna sekarang ni pinjam ayat seorang suami yg beristerikan cikgu...dia guna ayat "untung la bini aku cikgu"....kitorg ejas sket jek....

Aduyaiiiii....apa la yg nak dibising2kan dgn kije cikgu ni..hanya yg faham je tak akan komen banyak2....hanya yang berada dalam dunia perguruan dan berkeluargakan warga pendidik sahaja faham bagaimana tugas seorang guru itu....aku malas nak explain kat sini coz dah berjuta blog yang tolong jawabkan semua yang berkaitan dgn guru...itu sahaja...tapi agak2 la bila nak bercakap, jangan bandingkan setiap kerja dengan kerja yang lain...setiap kerja ada kekuatan, setiap kerja ada kelemahan....setiap orang yang diamanahkan pada kerja tersebut pasti ada kelemahan dia...begitu juga seorang guru..

ini asal kes cikgu rotan budak, dah kecoh satu mesia cikgu dera anak dia, bukan nak mendidik....bila kes ustaz rogol pelajar, dah bising seantero dunia, "tengok tu, cikgu pun blh makan anak murid, takde agama betoi, ustaz pulak tu, macam mana la blh jadik cikgu".....bila kes cikgu bising2 sket sbb banyak sgt kije yang pengkeranian diberikan, bising lagi satu mesia...kononnya cikgu ni manja bagi asal bagi kije jek, dah kuar kat TV, so kuar la ayat " dah malas nk buat kije berenti jer la jd cikgu, tak ikhlas langsung nk didik anak bangsa"....bila kes cikgu berintenet ke, ber BLOG ke, ber FB ke, dah bising, kononnya ckgu ni kijenya ngadap lappy jer, bukan nk buat kerja....bila kes gaji cikgu baru naik je sedikit kerajaan bagi, dah kecoh sume org, kononnya tak payah buat pelarasan pun tak apa, ckgu byk buat part time sana sini....hohohoo banyak lagi la dialog2 comel yang selalu kita dengar kan.....ermm hehee

owhh luper...ni bkn blog protes ok...tgh taip dlm keadaan tersenyum dan rasional, bkn tgh marah2 pun...lps kitorg baca ai tu yer marah, lps tu blh lak gelak2 coz ktorg anggap org yg berckp dn menulis tu akalnya tak panjang, mungkin dia mntk jadik ckgu tak dapat2 kan...heheh gurau jekk

ok pd aku simple jek, guru sentiasa diperhatikan...silap sket jek...zapppp kuar masuk tv paper dan mcm2 media la...jarang2 nk dgr org ungkit akauntan tu pukul anak dia sbb malas buat kije sklh, susah nk dgr lawyer tu libas anak dia sbb tido dlm kelas, sbb apa? sbb pagi2 mereka dh hantar anak ke sekolah utk dijaga oleh guru, kalau blh biar siap ada sukan smpi ptg, senang sbb apa, bila abes opis hour, dh blh amek anak kt skul, jimat duit bayor bibik kan...bila engineer rogol budak, kecohnya sehari jek, esok org dh lupa, xde pulak dgr ayat "xde agama agaknya engineer tu, sia-sia blajo tinggi2, bo***nya setinggi bangunan sekolah dia juga"...xde kan dgr ayat tu....bila org professional lain kena buat kije itu ini, xde plak bising2 masuk berita bagai sbb apa? sbb OTnya melimpah ruah masuk poketnya...bukan mereka tak bising, berbakul-bakul protes yg keluar dr mulut mereka, cuma tak sampai kt telinga org luar..bila org kije lain bertenet bagai blh, knp ckgu tak blh, masa tu jer la nk release tensen skjp, rehatkn otak, tambah input google sana sini carik info, karang kalau anak murid tanya ckgu tak dpt jawab, org luar kata "apa la ckgu ni, tanya soklan cikai pun x mampu jwb"..hehhe hello otak ckgu pn CPU yg blh save mcm2, kdg2 kena virus jugak, format dan perlu save ilmu baru...haiyaaaa cikai punyer issue lor...tiap 6 bln or setaon skali org yg kerja lain naik gaji, xde kecoh satu mesia, jadi jgn la bila gaji kami yg naik se"coit" ni di jadikn issue besar, kalau kira per"hour" 24/7 waktu kerjanya, tak mampu di nilai oleh setiap titis pelu mereka dgn apa pun....jangan la kerana sekali cikgu melakukan kesalahan, anda cop mereka terlalu rendah nilainya...

apa jua pekerjaan yang dilakukan, setiap bidang yang diceburi pasti ada masalah di dalamnya....kerana org yg menjalankan amanah kerja itu cuma manusia biasa, yang zahirnya di anugerahkan Allah tenaga untuk menjalankan tanggungjawab dimuka bumi ini sebagai khalifahNya...yakinlah, apa jua pekerjaan yang kita lakukan sekarang, adalah sebaghagian dari perancanganNya utk kita, tugas kita melakukan yang terbaik. Jika kita seorang peguam, sentiasalah martabatkan perjuangan Islam yang sering kamu perkatakan, jika kita seorang doktor, ikhlaskan hati melayan setiap pesakit yg menemui kita, jika kita seorang akauntan, sentiasa pastikan budaya kewangan kita dan kewangan org lain terjaga baik, hak kita bkn hak org lain dan hak org lain tetap bukan hak kita....jika kita seorang engineer, sentiasa pastikan tugasan yang kita laksanakan betul2 menepati kehendak setiap yg berharap, jgn harap poket tebal jek, kije suam2 kuku yo...hehhe (jgn marag kawan2ku yg engineer ek) korg lain aku tau doh "peel" korg....jika kita kije apa sekalipun, jalankan sesempurna mungkin apa yg telah kita pilih dan sebnarnya pilihan itu adalah yg terbaik utk kita wpun beban kerjanya MasyaAllah, tak terjangkau dek akalmu (bak kata Elyana...hahhaa)

Belajarlah jangan terlalu mencari kelemahan orang lain, kerana bimbang tak sempat nak duduk, Tuhan terus tunjukkan kelemahan kita pada semua orang...mengeluh itu fitrah manusia, mencari salah orang itu, keseronokan manusia tapi membantu manusia untuk mengatasi kelemahan mereka terlalu sukar...kalau boleh kita nak tengok orang lain jatuh maruahnya hingga terduduk mencium lantai, kalau boleh kita mahu hanya kita yang dipandang oleh org atasan kita, kalau boleh kita nak org lain tahu bahawa hanya kita sahaja yang pandai buat semua perkara.....aduyaiii susah-sudah la....masa untuk jadi org zaman jepun yang penuh hipokrit sudah berlalu, so bantu la org lain utk sama-sama naik dan berjaya, bukan menjatuhkan....kerana esok2 kejatuhan bangsa kita sendiri, kerana kebodohan bangsa kita menguruskan diri, dan pihak luar hanya bertepuk tangan melihat kita, sambil mengintai peluang mencari ruang menggantikan kita...ermmm entoh ler...

apa la yang kamu ngomelkan ni cik ida...heehee biasa la aku masa utk releasekan apa yg tersimpan kt kepala dan hati...ulpssss ni tgh berblog pada hari sabtu yer, masa cuti, bkn di skolah ek....nnt2 jadik isu lagi...hahhahah..ok utk rakan seperjuangan selamat menjadi pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat, martabatkan profession ini sehingga org luar tak mampu memperkatakan setiap inci kesilapan kita...owh teringat kata2 Dato Pengarah tadi, "setiap murid ada hak utk dpt markah 100% bagi setiap subjek yg diambilnya, maka tugas guru merealisasikannya" "guru salah jika anak murid gagal, tiada kesalahan diletakkan pada murid kerana kegagalannya"...yeah ayat terbaik yang para guru sentiasa terima...aku tak nafikan apa kata Dato' Pengarah tadi..cuma satu jawapan aku "murid berhak dapat 100% markah yg sepatutnya utk diri mereka, tapi jika mereka sendiri menafikan hak mereka, dgn malas berusaha, malas mengulangkaji, malas buat kerja sekolah, hak yang sepatutnya menjadi hak mereka wajar di ketepikan" SIMPLE...kejayaan hanya hak org yang ingin berusaha dan faham maksud keberkatan dari ilmu yang diberikan....

hohoho...untung la jadik cikgu kan....toink3 dan aku suka dgn apa yg aku buat wpun mcm2 yg org pertikaikan pd profession ni, anggap la, mcm burung2 yg berkicau jek...tak pun mcm ayam jantan berkokok, bangun ke tak bangun ke manusia dgn setiap bunyi kokokan dia tu, dia tetap berbunyi...kenapa? sbb tanggungjawab sudah dijalankan, cuma kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab shj diperlukan...okaiiii luv u..muahhhhh