Assalamualaikum...sihat semua ek? Heheee nak senyum setiap kali
keluarkan atau dengar ayat kat atas tu " UNTUNG LAAA JADIK CIKGU"...mana
taknya, kat skolah macam dah jadik trademark cikgu2 kat sini, asal
bersembang jek or buat sumtin, tetiba ayat tu pun kuar...hahahhah...apa
kes? ini sume gara2 cik engineer liyana kita yang tak sempat berfikir
masa buat statement dulu kot....lawak lawak.....masa baca statement tu
dulu, punya la bising cikgu2 ni kan...tapi siti nani lg best, baca blog
tu, ngan blog yang balasnya, dgn nada yg cukup menarik....tapi ayat yg
kitorg guna sekarang ni pinjam ayat seorang suami yg beristerikan
cikgu...dia guna ayat "untung la bini aku cikgu"....kitorg ejas sket
jek....
Aduyaiiiii....apa la yg nak dibising2kan dgn kije cikgu
ni..hanya yg faham je tak akan komen banyak2....hanya yang berada dalam
dunia perguruan dan berkeluargakan warga pendidik sahaja faham bagaimana
tugas seorang guru itu....aku malas nak explain kat sini coz dah
berjuta blog yang tolong jawabkan semua yang berkaitan dgn guru...itu
sahaja...tapi agak2 la bila nak bercakap, jangan bandingkan setiap kerja
dengan kerja yang lain...setiap kerja ada kekuatan, setiap kerja ada
kelemahan....setiap orang yang diamanahkan pada kerja tersebut pasti ada
kelemahan dia...begitu juga seorang guru..
ini asal kes cikgu
rotan budak, dah kecoh satu mesia cikgu dera anak dia, bukan nak
mendidik....bila kes ustaz rogol pelajar, dah bising seantero dunia,
"tengok tu, cikgu pun blh makan anak murid, takde agama betoi, ustaz
pulak tu, macam mana la blh jadik cikgu".....bila kes cikgu bising2 sket
sbb banyak sgt kije yang pengkeranian diberikan, bising lagi satu
mesia...kononnya cikgu ni manja bagi asal bagi kije jek, dah kuar kat
TV, so kuar la ayat " dah malas nk buat kije berenti jer la jd cikgu,
tak ikhlas langsung nk didik anak bangsa"....bila kes cikgu berintenet
ke, ber BLOG ke, ber FB ke, dah bising, kononnya ckgu ni kijenya ngadap
lappy jer, bukan nk buat kerja....bila kes gaji cikgu baru naik je
sedikit kerajaan bagi, dah kecoh sume org, kononnya tak payah buat
pelarasan pun tak apa, ckgu byk buat part time sana sini....hohohoo
banyak lagi la dialog2 comel yang selalu kita dengar kan.....ermm hehee
owhh
luper...ni bkn blog protes ok...tgh taip dlm keadaan tersenyum dan
rasional, bkn tgh marah2 pun...lps kitorg baca ai tu yer marah, lps tu
blh lak gelak2 coz ktorg anggap org yg berckp dn menulis tu akalnya tak
panjang, mungkin dia mntk jadik ckgu tak dapat2 kan...heheh gurau jekk
ok
pd aku simple jek, guru sentiasa diperhatikan...silap sket jek...zapppp
kuar masuk tv paper dan mcm2 media la...jarang2 nk dgr org ungkit
akauntan tu pukul anak dia sbb malas buat kije sklh, susah nk dgr lawyer
tu libas anak dia sbb tido dlm kelas, sbb apa? sbb pagi2 mereka dh
hantar anak ke sekolah utk dijaga oleh guru, kalau blh biar siap ada
sukan smpi ptg, senang sbb apa, bila abes opis hour, dh blh amek anak kt
skul, jimat duit bayor bibik kan...bila engineer rogol budak, kecohnya
sehari jek, esok org dh lupa, xde pulak dgr ayat "xde agama agaknya
engineer tu, sia-sia blajo tinggi2, bo***nya setinggi bangunan sekolah
dia juga"...xde kan dgr ayat tu....bila org professional lain kena buat
kije itu ini, xde plak bising2 masuk berita bagai sbb apa? sbb OTnya
melimpah ruah masuk poketnya...bukan mereka tak bising, berbakul-bakul
protes yg keluar dr mulut mereka, cuma tak sampai kt telinga org
luar..bila org kije lain bertenet bagai blh, knp ckgu tak blh, masa tu
jer la nk release tensen skjp, rehatkn otak, tambah input google sana
sini carik info, karang kalau anak murid tanya ckgu tak dpt jawab, org
luar kata "apa la ckgu ni, tanya soklan cikai pun x mampu jwb"..hehhe
hello otak ckgu pn CPU yg blh save mcm2, kdg2 kena virus jugak, format
dan perlu save ilmu baru...haiyaaaa cikai punyer issue lor...tiap 6 bln
or setaon skali org yg kerja lain naik gaji, xde kecoh satu mesia, jadi
jgn la bila gaji kami yg naik se"coit" ni di jadikn issue besar, kalau
kira per"hour" 24/7 waktu kerjanya, tak mampu di nilai oleh setiap titis
pelu mereka dgn apa pun....jangan la kerana sekali cikgu melakukan
kesalahan, anda cop mereka terlalu rendah nilainya...
apa jua
pekerjaan yang dilakukan, setiap bidang yang diceburi pasti ada masalah
di dalamnya....kerana org yg menjalankan amanah kerja itu cuma manusia
biasa, yang zahirnya di anugerahkan Allah tenaga untuk menjalankan
tanggungjawab dimuka bumi ini sebagai khalifahNya...yakinlah, apa jua
pekerjaan yang kita lakukan sekarang, adalah sebaghagian dari
perancanganNya utk kita, tugas kita melakukan yang terbaik. Jika kita
seorang peguam, sentiasalah martabatkan perjuangan Islam yang sering
kamu perkatakan, jika kita seorang doktor, ikhlaskan hati melayan setiap
pesakit yg menemui kita, jika kita seorang akauntan, sentiasa pastikan
budaya kewangan kita dan kewangan org lain terjaga baik, hak kita bkn
hak org lain dan hak org lain tetap bukan hak kita....jika kita seorang
engineer, sentiasa pastikan tugasan yang kita laksanakan betul2 menepati
kehendak setiap yg berharap, jgn harap poket tebal jek, kije suam2 kuku
yo...hehhe (jgn marag kawan2ku yg engineer ek) korg lain aku tau doh
"peel" korg....jika kita kije apa sekalipun, jalankan sesempurna mungkin
apa yg telah kita pilih dan sebnarnya pilihan itu adalah yg terbaik utk
kita wpun beban kerjanya MasyaAllah, tak terjangkau dek akalmu (bak
kata Elyana...hahhaa)
Belajarlah jangan terlalu mencari kelemahan
orang lain, kerana bimbang tak sempat nak duduk, Tuhan terus tunjukkan
kelemahan kita pada semua orang...mengeluh itu fitrah manusia, mencari
salah orang itu, keseronokan manusia tapi membantu manusia untuk
mengatasi kelemahan mereka terlalu sukar...kalau boleh kita nak tengok
orang lain jatuh maruahnya hingga terduduk mencium lantai, kalau boleh
kita mahu hanya kita yang dipandang oleh org atasan kita, kalau boleh
kita nak org lain tahu bahawa hanya kita sahaja yang pandai buat semua
perkara.....aduyaiii susah-sudah la....masa untuk jadi org zaman jepun
yang penuh hipokrit sudah berlalu, so bantu la org lain utk sama-sama
naik dan berjaya, bukan menjatuhkan....kerana esok2 kejatuhan bangsa
kita sendiri, kerana kebodohan bangsa kita menguruskan diri, dan pihak
luar hanya bertepuk tangan melihat kita, sambil mengintai peluang
mencari ruang menggantikan kita...ermmm entoh ler...
apa la yang
kamu ngomelkan ni cik ida...heehee biasa la aku masa utk releasekan apa
yg tersimpan kt kepala dan hati...ulpssss ni tgh berblog pada hari sabtu
yer, masa cuti, bkn di skolah ek....nnt2 jadik isu lagi...hahhahah..ok
utk rakan seperjuangan selamat menjadi pendidik yang berjaya di dunia
dan akhirat, martabatkan profession ini sehingga org luar tak mampu
memperkatakan setiap inci kesilapan kita...owh teringat kata2 Dato
Pengarah tadi, "setiap murid ada hak utk dpt markah 100% bagi setiap
subjek yg diambilnya, maka tugas guru merealisasikannya" "guru salah
jika anak murid gagal, tiada kesalahan diletakkan pada murid kerana
kegagalannya"...yeah ayat terbaik yang para guru sentiasa terima...aku
tak nafikan apa kata Dato' Pengarah tadi..cuma satu jawapan aku "murid
berhak dapat 100% markah yg sepatutnya utk diri mereka, tapi jika mereka
sendiri menafikan hak mereka, dgn malas berusaha, malas mengulangkaji,
malas buat kerja sekolah, hak yang sepatutnya menjadi hak mereka wajar
di ketepikan" SIMPLE...kejayaan hanya hak org yang ingin berusaha dan
faham maksud keberkatan dari ilmu yang diberikan....
hohoho...untung
la jadik cikgu kan....toink3 dan aku suka dgn apa yg aku buat wpun mcm2
yg org pertikaikan pd profession ni, anggap la, mcm burung2 yg berkicau
jek...tak pun mcm ayam jantan berkokok, bangun ke tak bangun ke manusia
dgn setiap bunyi kokokan dia tu, dia tetap berbunyi...kenapa? sbb
tanggungjawab sudah dijalankan, cuma kesedaran untuk menjalankan
tanggungjawab shj diperlukan...okaiiii luv u..muahhhhh
No comments:
Post a Comment