Dua minggu penuh percutian dalam hidup aku….dari laut china selatan di
cherating Pahang, aku daki bukit Cameron highland pulak….dari kesejukan
udara angin timur, mencari kedinginan udara yang penuh dengan oksigen
nak isi paru-paru aku yg penuhh gas monoksida ni ha….hhehhe masih cuba
mengisi rompong2 dicelah hati aku nihh…..berjaya la sket….hehe
Bila
sebut pasal Cameron, aku teringat kasut kesayangan yang terpaksa
berakhir disana…huhu mmg jodoh aku tak panjang ngan sepatu merah biru
comel aku….dlm susah payah aku nk bersama dia..akhirnya terlerai di
bukit tinggi sanun….huwaaaaa bad mood aku sekejap semalam…menitik air
mata aku nak naik bas jalan2 ngan sume org smlm…redha la dengan apa yang
Allah pinjamkan sementara kat haku tu……kuar airmata camno pun, x dapat
jugak kembalikannya semula….huwaaaa
Bila pikir2 balik, banyak menda
yg nk kena muhasabah balik….huhu dah macam housemate aku muhasabah diri
lak…lps ilang kunci umah ngan laptop rosak, muhasabah sungguh cik wani
kite tu…lps tu turn aku pulak pikir, mungkin kifarah atas apa sahaja
perbuatan aku kot….ermm dalam sebulan nihh aku hilang dua barang
kesayangan aku, dannn….entah laaa labuu
“Sesungguhnya, apabila Allah
s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba, Dia akan mengujinya. Dan apabila
Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah
akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini,
kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan
diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).”
Sayyidatina
Aishah pernah berkata, bahawa baginda Rasulullah pernah bersabda yang
bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun
duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan
dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang
bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan
jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai
ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain
adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya
sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.
Tidak
dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan
boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di
sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan
qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami
oleh manusia.
Dan ini lah yang cikgu belajar setakat hari ini….ermm
cam lain macam cikgu idah ni skang, ulpss sejak berbaik ngan ustaz
hamid nihh, den byk belajar ngan dio….hehehGPK HEM aku yang sempoii ni,
byk ilmu dia, sikit sebanyak dalam gurau senda dia tu, ada teguran yg
aku terima dengan hati yang sangat terbuka….heheh ….aiyooo tadik nk cite
pasal kasut hilang jekk…ini yang aku tuliss..ermm lain macam tull
nihh…ok adiosssss
No comments:
Post a Comment