Thursday, 26 April 2012

~~Sabar Itu Indah~~

Assalamualaikum semuaa...baru habis mendownload kerja kursus akaun paper 3 utk anak2 form 4 aku....macam mana la yer aku nak bagi anak2 ni sayang akaun dan cinta akaun sama macam cikgu dia nih....account itu simple sesimplenya....tapi sgt complicated utk dorg...huarghhh aku teringin nk bawak budak2 ni pergi bengkel akaun mcm yg rakan guru buat di Putrajaya...tapi kekangan mengatasi segalanya...mudah-mudahan anak2 aku ni tak putus asa mempelajari akaun sehingga berjaya walau penat camne pun InsyaAllah aku usaha...

Seharian hati masih terasa panas pada pihak bertanggungjawab menilai potensi kami...berbual bersama rakan menilai diri masing2 membuatkan kami bertanya "Perlu ke semua perkara yang kita lakukan, di tunjukkan pada org lain?" istilah yg tak pernah aku gunakan selama hampir 8 tahun aku dalam dunia pekerjaan...."perlu ke apa yg kita buat, diberitahu kpd semua org, supaya persepsi org pd kita bertambah baik?" ehheh istilah "dummy" pada aku menda tu...pada aku penilaian adalah terhadap perfomance kite terhadap apa yg kita lakukan, bukan penilaian berdasarkan emosi...ermmm situasi tidak professional pada aku...tak pe laaa tanggungjawab kamu terhadap kami, jika tersalah nilai itu urusan kamu dengan Yang Maha Esa, cuma sbg manusia sedikit terkilan dan entah laaa..biar lahh...aku masih berpegang penilaian Allah lagi penting dari penilaian kamu...tapi jika ia memberi kesan pada study aku nnt...aku sndiri akn bersuara..I will.....

Apapun, apa yg aku dan rakan2 aku lakukan selama ni, kerana kami sayangkan anak2 polos kami...tapi jika berterusan begini, hanya Allah saja yg mampu memberi kekuatan kpd kami..moga kami mampu bertahan dgn semua ni...aku suka dgr apa yg Prof Dr Muhaya sebutkan tadi

"Jika gaji kita RM 5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM 20,000, Allah SWT akan berikan beza RM 15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain."

"Jika gaji kita RM 5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2,000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."

Sebab itulah semua mereka yang berjaya mempunyai tabiat "Give more" kan..hehehhe...give aje la, take nya entah bila...heheh (jgn sengal yer idahanim)

Firman Allah SWT dalam al-Quran pun ada mengatakan yang Allah sukakan umatnya bersungguh2 bila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik. Jadi kita pilihlah apa yang kita ingin jadikk...selama nk mengerah keringat org lain utk diri sendirikan....what u give u get back, dlm bentuk apa...entah la labu...pesan seorang teman tersayang "tak baik mendoakan keburukan org lain"..jadi aku tak akan buat cmtu InsyaAllah..hehe
"Rambut sama hitam(khas untuk yang berada di garisan khatulistiwa), tapi hati lain-lain..."

Mudah-mudahan Allah mengizinkan perjuangan ini hingga akhirnya bersama2 rakan seperjuangan.........moga-moga banyak saham akhirat yg terkumpul utk kami jika hati ikhlas melakukannya...cayok faridahanim...sabar itu indah, usahalah sayang oiii..(utk najihah yg sengal tu gak ek...hehe)

Nak jiwang sket la...ngeh3

In our life,
many people comes in and out,
but ...
only friends left footprint in our heart...


Begitulah..kita pasti akan menemui ramai orang,dengan pelbagai ragam..tapi hanya sahabat sahaja yang akan meninggalkan kesan di dalam hati kita....

Apabila kita terluka, itu maknanya ada rasa sayang dalam hati kita terhadap orang itu. Apabila kita melukai, itu juga bermakna kita ada tempat yang istimewa di dalam hati orang tersebut...

dah kenapa cik ida oii....hehehhe ermm...ada kupu-kupu terbang dlm perut la plokkk...ngehhh3...camat malam

Sunday, 22 April 2012

~~Laskar Pelangi~~

Aku tidak pernah jemu menonton filem ini...hasil karya Andrea Hirata ini benar2 mengusik setiap penjuru hati aku...dan setiap kali disiarkan di TV, aku akan berhenti dari melakukan semua pekerjaan semata-mata nak menatap wajah polos sepuluh anak2 yg sgt kuat semangat menuntut ilmu...di iringi dua org guru yang sgt aku kagumi, Muslimah dan Harfan...pertama kali aku menontonnya ketika di Wangsa Maju bersama Yuha, aku jatuh hati pada movie ni dan cinta aku terus bersemi hingga sekarang....seiring dengan perasaan sayang aku menjadi pendidik kepada anak2 sebangsa apatah lagi seagama dengan aku...


Paling comel "Ikal" yg buat aku ketawa setiap kali dia ke kedai Ah Ling nk beli kapur sklh..bkn nk beli kapur sgt pun...nk ngurat amoi tu jek...ngehhh

"Lintang" genius student dlm Math terutamanya..aku kagumi sifatnya yg terpaksa berhenti sklh slps ayahnya meninggal dunia di laut..tp semangatnya dlm ilmu tiada tandingan..

Cute sgt "Mahar" aku jatuh cinta pada suaranya masa nyanyi lagu Seroja...heheh dan persembahan ala-ala aslinya utk pertandingan yg laskar pelangi join..sgt creative dan aku akn ketawa setiap kali scene dia nk jwb soklan masa kuiz antara sklh coz dia xmampu jwb pape sbb tergezut masa org snap pic dia...heheh

Yang lain-lain Sahara, A kiong, Syahdan, Kucai, Borek, Trapani dan Harun, pelengkap cerita comel aku nihh....adaptasi novel ini, membawa mereka hingga dewasa...ada yang sempurna berjaya menjadi apa yg mereka impikan, tapi selebihnya lumrah alam, kejayaan milik mereka yang berusaha dengan izinNya...

semoga laskar pelangi SMAJ yang amat aku sayangi ni sama seperti mereka...wpun dlm serba kurang pun mampu bersaing dgn org lain....semoga anak2 aku berjaya dunia dan akhirat...dan aku teringin menjadi seperti Muslimah, yang berjuang mempertahankan anak2 nya biarpun penuh dgn dugaan...
"MEMBERI LAH SEBANYAK-BANYAKNYA...BUKAN MERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA"

ehheh...cukup utk Laskar Pelangi...ermm terima kasih untuk semua yang mendoakan aku dunia dan akhirat..hari ni hari lahir aku..alamakkkk dah tua la...hehehe nway, semoga tahun ini semuanya sempurna untuk seorang norfaridahanim...insyaAllah aminn...

Saturday, 21 April 2012

PeLuaNG KeDuA???

Manusia, sifatnya tidak pernah sempurna. Selalu saja lupa dan leka dengan kemahuan dunia. Tak lupa juga yang sering melupakan dan meninggalkan sesuatu yang berharga demi kepentingan lain. Sesetengahnya juga mengejar tanpa menoleh kebelakang yang pasti dalam genggamannya.

Manusia dilahirkan tidak sempurna dan tiada yang pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Tidak kira kesilapan itu sebesar debu mahupun sebesar gunung. Kesilapan tidak pernah lari dengan hidup sinonimnya manusia. Tidak pernah sekali manusia dapat lari bebas dari melakukan semua kesilapan itu.

Manusia tidak sempurna sering diduga pelbagai ujian. Tidak kira seringan zarah mahupun seberat batu besar. Pasti ujian itu diberiNya untuk menguatkan lagi rohani mereka. Manusia tanpa ujian ibarat jasad tanpa nyawa. Nyaman dan tiada paradigma. Manusia ditiupkan ujian supaya dapat mentadbir akal dengan sewajarnya.

Manusia, sejauh mereka berjalan di bumi Tuhan, kesilapan dalam menangani ujian sentiasa di alami. Namun sejauh mana mereka tangani, hanya Dia dapat menilai. Setiap ujian yang menimpa pasti ada dua keputusan yang dibuat. Keputusan yang betul atau kesilapan. Keputusan membantu membawa ke lorong benar manakala kesilapan adalah kesesatan yang diuji lagi dengan dugaan. Sama ada manusia sendiri dapat mengatasi atau sesat selamanya di dalam lorong kegelapan.

Setiap kesilapan pasti ada cara untuk memperbetulkannya. Jika kesilapan itu dijalan Tuhan, bersujud kepadaNya dan memohon keampunan itu jalan terbaik. Berdoalah diberikan Hidayah dan percaya ada hikmah di sebaliknya walaupun sentiasa dilanda duka.

Kesilapan kepada sesama manusia pasti juga ada cara untuk menyelesaikannya. Namun, perlu kita ingat , manusia lahir dalam keadaan yang cukup sempurna namun tidak sesempurnanya Yang Maha Pemaaf. Bersabarlah jika manusia perlukan masa untuk memaafkan.

Ingatlah bahawa, sekeras-keras hati yang ada, tidak pernah terlawan kerasnya batu.
Jika disakitkan hati sendiri, sudah pasti jawapannya sama. Maaf itu masih terkesan dek luka yang pernah kau lakukan. Berilah masa, InsyaAllah akan ada hati kecil walau sekecil kuman itu memaafkanmu. Berubahlah menjadi seorang yang lebih baik dan jangan di ulangi kesilapan dulu.

Semoga kau lebih tabah menghadapi masa depanmu dan jangan kau ulang kesilapan dulu. Ingat, kemaafan boleh diberi namun luka di hati mungkin sukar di sembuhi. Tidak ada peluang kedua, tidak bermakna hati masih berdendam. Teruskan hidupmu , jadilah lebih baik dari semalam dan berusahalah mencontohi hari ini supaya menjadi yang terbaik untuk masa depanmu

Malam ni aku rajin baca blog hamka nih, then aku amek kata2 tu utk tatapan seorang teman...heheh penat kat skul tak abes lg ni haaa...tapi puas hati ngan coop aku yg dah comel tu, Anidaaa kamu kena tgk, dh comel i buat tadikk...ngan anak2 aku yg abes aku kerah tenaga smpi kul 5 tadik...last2 aku yg kolep kat umah nihh....

Hari ni sangat bz, so tak sempat nk berbual dgn teman yg sedang diuji Allah, cuma aku mampu katakan padanya "kerana kita istimewa, sbb tu Allah pilih kita untuk alami semua ni wpun berat dan sakit" ayat yg aku pinjam dari seorg teman juga, sebagai penenang hati di kala hati aku sendiri di landa ribut...apa yg dialami, aku sangat mengerti kerana aku sendiri pernah berada pada situasi kamu, dan apabila berkait dgn keluarga itu lagi menambah berat di bahu dan dada...apa yg mampu aku katakan"semoga sama2 diberi kekuatan menghadapi ujian dariNya, dan bersangka baiklah denganNya" alamakkk aku pinjam lagik kata2 dia..ehhehe takpe la bukan kena bayar royalti pun kan...nnt ada masa kite sembang ek...jangan sedey, nnt tak comel...

ehhehe...ok nk siapkan kije ket, coz next week nk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai...ketenangan yang dizahirkan pada wajah tu, tak mengambarkan dasar hati seorang aku...hahah...yolahhh camat malammmmmm

Monday, 16 April 2012

Masih Sama

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.

Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?

Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah ‘rules of life” – sunahtullah. Hakikat yang mungkin sangat sukar untuk kita terima, tetapi tetap perlu diterima...Apa yang berlaku tetap berlaku...Sama seperti aku malam tadi, perancangan aku utk hari ini adalah berbeza dgn apa yg terjadi dan aku mungkin sangat terkilan dengan mereka yang bersedia membantu aku untuk menghabiskan kerja yang tertangguh hampir enam bulan ini, bila last minit mereka berkata TIDAK pada aku...hampir terduduk dan menitiskan air mata aku semalaman, kerana aku benar2 perlukan bantuan mereka bagi menyelesaikan sesuatu...titipan seorang teman mengembalikan aku kepada realiti sebenar, itupun sesudah subuh tadi mampu berfikir dengan akal.."belajar la bergantung sepenuhnya kepada Allah, bukan kepada manusia, semoga Allah membantu"..maka aku mohon di tunda apa yg sepatutnya berjalan minggu ini...semoga kami berada dlm lindunganNya..


Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?

Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah aku, bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji… katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba… Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa...(huhu kdg2 aku buat juge)

Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula… Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha… Kita sudahpun beruasaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi? Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Whoaaa Faridahanim...berkata-kata itu mudahkan, tp setiap kali ujian datang setiap kali juga air mata aku menitis laju..hehehe takpe la tu terapi aku untuk bertenang...

Sesekali bertanya, menjadi insan terpilih merasai mehnahNya, membuatkan aku jadi sangat lemah, dan setiap kali memotivasi diri Alhamdulillah bergerak setapak ke hadapan..kdg2 aku perlu berundur setapak, supaya aku berfikir yang terbaik untuk org lain apatah lagi utk diri sendiri...jadi aku berdoa semoga org di KL esok berjaya...aku tidak dapat hadir esok...esok aku akan bergerak setapak ke belakang, meminta sedikit ruang supaya aku boleh berlari laju pada minggu hadapan...Ya Allah izinkan lah perjuangan aku selama hampir setahun ini selesai dengan sempurna...aku penat menghitung mehnah sedangkan selautan pemberianNya telah aku miliki selama ini...itu tanda Allah sentiasa sayangkan aku, sebab itu aku di uji..huhu InsyaAllah aku akan kuat...

Alamakkkk...kul 7.40, mandiiiii nak g skolah kelas tambahan perdagangan form 5...hurmmm harap2 anak2 aku yg 7 org ni akan berjaya cemerlang dunia akhirat wpun, slalu bikin tekanan darah cikgu jadi tinggi....ehhe Assalamualaikum

Friday, 13 April 2012

Tahniah...Raikan Kejayaanmu

Assalamualaikum...
Masih belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada semua warga SMRAJ terutama kepada GURU dan PELAJAR yang terlibat menjayakan MTAQ baru2 ini...kepada yang berjaya, raikan kejayaan anda dengan riangnya sambil mencari formula mengekalkan kemenangan dan meningkatkan prestasi kejayaan. Kepada yang menangguhkan kemenangan pada tahun2 akan datang, teruskan berusaha utk berjaya krn kejayaan tidak akan tercapai dgn hanya merenung bulan dan bintang tanpa perlu mengerah keringat yang ada..penuh takzimnya aku ucapkan penghargaan kpd semua teman seperjuangan serta anak2ku yg sentiasa dipaksa bekerja utk meraih kejayaan tu...(ayat paksa tu..nmpk jahat ek..ngeh3)

Tahun 2012, alhamdulillah, Allah beri ruang pd sekolah kami untuk berada pada garis kedudukan berperingkat utk dilihat dan dikenali oleh warga Jempol Jelebu, terutama utk perhatian KPM, BPI dan seangkatan dgnnya...perlu membuktikan bahawa SABK juga mampu berada sama taraf dgn sklh yg lebih lama bertapak..bermula dgn tpt ke-3 dlm bola tampar, bomba, MTAQ, Bola Sepak, Takraw..erm apa lg yg tertinggal ek..(smpi anak2 didik aku siap sebut la thn ni, asal masuk jek no. 3, xde no lain..hehe)...tak pe la, setiap kejayaan bermula dr bawah, kerana mengekalkan kejayaan lg susah dr mengejarnya anak2ku...and latest congratz to coral speaking versi BM( aku x reti nyebutnya dlm BM..sowi siti hainani)coz dpt number 2, blkg SBPI...gud try..ehhehe

Ok, persepsi yg perlu diubah oleh semua org skang adlh, tak perlu malu pd sklh kecil kite, krn sklh kecil ni, akn melahirkn insan berjiwa besar suatu hari nnt...cuma perlukn masa utk perubahan yg ketara...jika dulu aku masuk kesini, aku kerap bandingkn, sklh aku dgn sklh ni, 200% berbeza sgt, tapi berfikir secara positifnya skrg Teknik aku dah berusia 43 tahun, penuh dgn sejarah dan tradisi yg kalau dibukukan mungkin perpuluh2 jilid jadinya...SMRAJ versi baru, baru berusia 4 thn, so jgn bandingkn yer sayangg...motivasi diri utk berjaya kt sini sbnrnya...hehehe

Aku yakin, insyaAllah suatu hari, tradisi anak2 disini akan sama dan jadi terbaek spt yg kami para guru impikan...cuma perlukn MASA dan bimbingan yg berterusan..bukan merendah2kan mereka sentiasa....insyaAllah, cuba la...

Cukup utk skul, tahniah utk sahabat baik yg amat aku sayang nun di Selatan sana, di KL juga, termasuk Kelantan...ehhehe hanya kamo yg tau knapa ucapan ni aku tujukan...cewahhhh xleh disclose di sini....heheeee cuma ada dilaog2 lucu yg slalu buat aku tersenyum if aku teringat perbualan terakhir ngan makcik lot nih...ulpssss jgn bgtau datin lina ngn yuha ek..mau kena tebas aku nnt..hahah

Ermm sgt mengantuk baru setelkan soklan akaun paper 2 aku...ready awal coz nx month aku sgt bz dgn hal diri sendiri...Moga Allah permudahkan apa yg tertangguh sekian lama ini, setiap saat dan solat doaku padaNya tidak pernah berubah, dan semoga perjuangan ini berakhir dgn kejayaan dan senyuman berpanjangan slps ini, bantu aku Ya Allah..Aminn

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

-Albert Camus-