Tuesday 13 June 2017

Kisah Sangkar Kucing VS Nilai Amanah Sebuah Pekerjaan

Assalamualaikum dan Salam 19 Ramadhan

Terima kasih Allah kerana masih membenarkan kami bernafas di dunia ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menarikan jari di blog ini setelah hampir 5 tahun tak buka sebenarnya. Thanks sahabat kerana tolong betulkan apa yang patut kat sini ek...hehee

Hari pertama mengarang nak cite apa ek...Ulpsss cite tentang binatang kesayangan ambe la...dak meoww omei2 tu....ada sedih dan tawa untuk budak eow tahun ni. Sejak pindah 5 ekor dah hilang tak dapat dikesan. Jika mereka masih hidup mommy doakan kamu bertemu tuan yang baik hati menjaga kamu, jika tidak moga kamu tidak kelaparan sayang. Oyen kesayangan pun injured sekarang, asyik berperang dengan kucing kawasan. Yelah, awak tak biasa bergaduh, jadi manja mommy je selalu...sabarlah oyen, moga sihat dan dengan mommy dan family selalu. Kenapa tajuk tak sama dengan cerita ek....kalau buat karangan ni dah lama markah kena potong ngan cikgu BM nih. Tak masuk-masuk isi cerita lagi haa...huhuuhu

           Ni budak omei mommy kat umah lama...oyen tgh sihat manja lagi time ni

Ok, since habis berpantang terus pindah rumah. So mommy perlukan sangkar kucing yang besar untuk budak2 ni semua...sebab tak boleh jadi indoor cat lagi sebab dak Fahim ebab kecik lagi. So terpaksa la dengan urgent nya kami carik tukang untuk buat sangkar. Dalam kepala hanya ada nama hamba Allah ni saje. Mommy pun contact la, bagi design camne nak buat semua. Kira punya kira dia kata RM 1600 untuk design sangkar besi yang mommy nak. Ok la mommy kata sebab besi...esoknya bila dia datang bagi ukuran, Ya Ampun keciknya rasa boleh jadi luas mommy berdiri dalam tu untuk pusingkan badan saje. Mommy pun bagi deposit RM 300 untuk beli barang katanya. Malam tu fikir punya fikir mommy bagitau daddy, kecik sangat la sangkar tu so decide untuk change kepada kayu je la. Supaya ada ruang yang luas dan selesa sikit. Esok hari ahad minta hamba Allah tu datang untuk buat ukuran baru. Dia cakap harga dah lain ni sebab nak beli kayu pula. mommy kata takpe...kira dulu macam mana. Mommy kena tambah lagi RM 300 sebab kononnya besi dah beli dan siap potong, tak boleh nak pulangkan balik. Dalam hati mommy tau dia tipu mommy, imposible dalam masa sehari dah setel semuanya sedangkan hari tu ahad. Tapi sebab mommy daddy urgent perlukan sangkar, kita iyakan aje la. Mommy nak pindah minggu tu juga, so nak tak nak perlu siap. Jadi mommy tak fikirkan apa dah asalkan cantik dan selesa untuk budak-budak omei tu semua. 

Dan bermulalah segala episod nilai amanah kerja seorang hamba Allah. Segala kerja cincai mancai dilaksanakan. Allah je yang tahu perasaan sedih dan kecewa melihat tempat binatang kesayangan kita dilaksanakan. Dengan menggunakan material yang dah dipakai dan kayu yang biasa-biasa sahaja terhasillah sangkar mereka. ALLAH. Sedihnya. Untuk nilai RM 1900 mommy dapat sampah. Terima kasih sangat-sangat kepada beliau. Mommy minta dia hantarkan besi tu kat rumah, dia kata bawak lori datang ambik besi tu...mommy tau besi tu takde pun, tp sebab mommy takde transport masa tu mommy abaikan saja. Biarlah dia terus hidup menipu macam tu. Orang marah kenapa mommy tetap bayar baki duit dia. Mommy kata, mommy akan bayar hutang dengan orang walaupun orang tu tak menyelesaikan kerjanya dengan baik dan duit yang mommy bagi bukan digunakan untuk membeli material sangkar tersebut. Mommy kata dengan daddy, biar Allah yang balas setiap penipuan dia dengan kita. Biarlah orang nak marah atau gelak sekalipun.

Cuma mommy kata pada daddy, sempena Ramadhan ni mommy maafkan kesilapan dia. Tapi setiap sen yang kami keluarkan untuk membuat sangkar kucing tersebut jika tidak digunakan dengan jalan yang betul, mommy HARAMkan DUNIA DAN AKHIRAT duit tu. Biar orang nak kata mommy jahat atau zalim sekalipun. Setiap sen yang kami keluarkan, hasil titik peluh kerja kami. Bukan kami datang kerja, punch card, keluar minum kat kedai dan buat kerja sambil lewa. Setiap titik peluh kami ada pada duit tersebut. Jadi bukan senang-senang menghalalkan duit tersebut. Duit haram tu akan jadi darah daging sampai mati nanti. Jadi hati-hatilah dengan rezeki yang kamu ambil. Mommy yakin setiap sen yang kamu tipu kami akan diganti semula. Tapi rezeki kamu mungkin sempit sebab kamu menyempitkan poket orang lain. Itu urusan kamu dengan Allah nanti. Moga-moga Allah beri hidayah untuk kamu berubah sempena Ramadhan yang mulia ini. 





Mommy cerita selepas beberapa bulan kejadian. Sebab kalau dulu setiap kali mommy cakap mommy akan marah tapi hari ni mommy dah okey. Cuma mommy nak bagitau, moga-moga selepas ini jika kita mendapat ruang bekerja, kerja la dengan amanah dan jujur. Setiap manusia inginkan kepuasan dari hasil kerja kita. AMANAH yang orang berikan kepada kita jangan lah dipersiakan. HAri ini Allah bagi kite rezeki yang sepatutnya halal untuk diri, anak, isteri dan keluarga kita. Jangan lah kita jadikan dia HARAM hanya kerana menggunakan material yang sudah terpakai, buat kerja sambil lewa dan sebagainya. Kasihanlah kepada keluarga kita, terpaksa mengalirkan darah dari makanan yang haram hanya kerana kita. Mommy tak doakan yang jahat kepada kamu, tapi sampai masa Allah saja yang akan balas sama ada di dunia mahupun di akhirat.





Inilah hasil nilai amanah sebuah sangkar kucing

Yang mommy tau, lepas ni mommy ngan daddy cantikkan sendiri lah sangkar tu. Mungkin mommy ada tak bayar zakat kot, sebab tu kena tipu dengan orang. Ataupun mommy terlupa bagi sedekah pada yang memerlukan kot, tu sebab Allah tarik duit tu melalui dia. Alhamdulillah walaupun kena tipu, Allah masih lagi bagi ruang rezeki pada kami. Budak-budak eow masih boleh makan cukup dan tembam-tembam kecuali kesayangan mommy oyen. Next blog baru cite pasal dia. Nak nanges nanti....hihihihi

Ok...panjang sangat untuk cerita pertama selepas hampi lima tahun. Sampai jumpa lagiiii


2 comments:

  1. bersabar ye.. kalau tengok kan rumah kucing tu.. memang mahal dan tak kena dengan harganya..

    ReplyDelete
  2. hehhe...xpelah..orang jahat selalu Allah balas...lmbt cepat je

    ReplyDelete