Camat malam…niat dihati dari awal pagi tadi nak siapkan skema jawapan
perdagangan dan prinsip akaun form 4 ngan form 5 aku. Tapi hari ni
kemalasan tahap gaban melanda diri. Yang aku nak buat tengok tv, tengok
tv dan tengok tv..dan kerja aku hari ni tengok “The firm” dan “Law &
Order” dan layan CSI..(yg ni every week aku layan since 2005 lagi….gila
CSI..ngeh3)
Baru abes melayan cite volcano dan aku belek2 file
lama masa kije ngan Azuddin dulu….jumpe file related ngan volcano yang
aku simpan dan tulis….erm..dulu salah satu cita2 aku nak jadik penulis,
tapi kerana kemalasan dan kekurangan waktu (akibat siang malam mencatat
nombor utk akaun dan audit shj) impian tu terpaksa aku
lupakan..huhuhu..tapi tak pernah menyesal pun, kerana aku bahagia buat
apa yg aku suka…hehehe
Okeii..lets talk about POMPEI..sebuah
negara di Italy yang penuh dengan kecantikan landscape dan muka
buminya…keindahan yang dicemari dengan perbuatan hina manusia ketika
itu…penduduknya tak ubah seperti ummat Nabi Luth…jom go through cite dia
ek…toink3
Mengikut para sejarahwan, Pompeii adalah antara bandar
metropolitan yang maju daripada segi peradaban,senibina, budaya dan
sosial di Itali. Akan tetapi, sangat mundur daripada segi moral dan
agama.! Masyarakat Pompeii bergitu terbuka dalam mengamalkan cara hidup.
Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka.
Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma masyarakat.
Apa
yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada
79AD? Ulpsss ape plak AD tu kan? Ermmm AD ialah “Anno Domini” yg
bermaksud “Tahun Tuhan Kita” kalau nk kira ermm tahun selepas kelahiran
Nabi Isa..whoaaa sejarah sket ek…terror dr ckgu Tawarikh form 4..hahhah
jgn marah Ajiji..hahhah
Okeysss…..Watak
pentingnya ialah, Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100km
daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung
Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di
antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan
memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam.
Pada 79AD,
bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius
telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar
jirannya, Herculenium.
Peristiwa itu menyebabkan masyarakat
Pompeii menjadi kelam-kabut. Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah
menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan
debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir
dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi begitu
mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan
mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat
dibukakan ikatan mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk
menyelamatkan diri.
Tiada
apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang
terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuaan lain, ahli
arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini
membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD.
Masakan
tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Lut
A.S di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt
seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.
Apa yang lebih
mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah
seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat
mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk
digambarkan.
Dalam firman Allah swt:
Dan
amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum
mereka engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi
seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.(Surah Maryam
ayat 98)
Selain mayat-mayat yang terawet,
bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha
Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan
kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli arkeologi
mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan
ramai cendiakiawan agama terpaku seketika. Berginilah agaknya harga
sebuah kemodenan.
Bayangkan
bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah
melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan
mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. SubhanaAllah.
Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam. Kelaziman yang
berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh
Allah swt untuk memberi peringatan. Dan azab yang berlaku biasanya
hanya satu malam sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Lut as dan
Kaumnya, Nabi Saleh as dan Kaumnya dan banyak lagi Rasul-rasul lain…
Orait…esok
nak skul…makanya, jika tidak mahu kesiangan esok, tidurlah
Faridahanim…heheh awal lagi ek…AXN tgh show “The Firm” lagi…ok nak layan
jap…tetiba aku melayan cite cenggini kan..ermmm mesti ada sebab
kan….yup, nk mencari keadilan dlm dunia sekarang amat lah sukar, jadi
kita perlu cara utk terbaik menyelesaikannya secara bijak, tanpa
menyakitkan org lain..whoaaa blh ke org lain tak sakit? Sakit aku pun
belum sembuh lagi nih…dan selepas ni aku akan rajin berjalan2 di
mahkamah sbb nk tengok berapa ramai lagi penipu yang akan menang disana,
dan berapa ramai lagi peguam Islam yang sanggup bersekongkol dgn mereka
atas nama tanggungjawab dan duit…ok selamat malam semuanya..muahhhhh
No comments:
Post a Comment