Thursday 2 February 2012

Jangan Pernah Lari Dari Masalah

"Kita Tidak Akan Mampu Melawan Setiap Bencana, Menakluk Setiap Derita Dan Mencegah Malapetaka Dengan Kekuatan SENDRIRI"

"Jangan pernah lari dari masalah. Berhadapanlah tanpa berganjak sedikit pun. Andai terpaksa jua mengundurkan kaki, biarlah ia hanya sementara. Sebelum kita melangkah kembali ke depan, berhadapan semula dengannya."

Teringat kata-kata dari seorang bekas ketua yang sangat sy hormati. Ketika itu masih kekosongan jiwa, waktu itu terasa ingin memilih melarikan diri, membiarkan sahaja masalah itu tergantung di situ.

Namun kata2 itu menyekat, bagai ada dinding yg menahan agar terus bertahan utk bangkit dan berusaha kembali, menjemput semula semangat yang hilang. Waktu diri terasa lemah, tak brdaya rasanya berhadapan dgn ujian tersebut, tapi ujian tetap datang wpun kita tidak menjemput. Lantas di hulurkan kepada sy sepotong firman Allah yg bermaksud:
"Cukup lah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adlh sebaik-baik
Pelindung. Maka, mereka kembali dgn nikmat dan kurnia Allah, mrk
tidak mndapat bencana apa2, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan
Allah mempunyai kurnia yg besar"-Ali Imran 173-174

Semasa diri di uji, musibah dan bencana datang silih berganti. Adakalanya ingin sahaja sy berhenti melakukan apa2, membiarkan semuanya berlaku sendiri Namun itu bukan penyelesaiannya. En. Rizal dulu pernah juga bercakap pada aku "Hanim, setiap yg bermula tu akan berakhir, so jgn risau tunggu shj bila penamat dia" tapi dh mmg lumrah sy, jiwa yg rapuh kadangkala pasti tertunduk kerananya, kerana menerima kepahitan bukan mudah, menelannya jua kadang2 tersekat-sekat, nak telan atau ludah jek..pilih la..

Ubat tu pahit..tapi utk kebaikan, sama mcm sunah kehidupan, gembira dan seronok tak berkekalan, pasti di celahnya ada penderitaan. Kita selalu mengelak kepahitan krn mahu menerima yg baik2 aje. Kita memilih utk tidak mencuba, krn takut kritikan atau kehilangan, ketika itu hidup kita jadi biasa2 shj krn tiada cabaran. Siapa tahu jika mencuba melakukannya dgn bersungguh, Allah membantu kita mndapatkannya melalui cara sukar begitu. Mungkin Allah sdg melihat sejauh mana usaha kita utk mendapatkn sesuatu, dan jika itu rezeki kita, yg telah ditentukan di Luh Mahfuz lg, Alhamdulillah, jika tidak sekurang2nya kita dh mencuba kan..Mohon dan bertawakallah kepada Ya Rabb agar diberi kekuatan dan bersangka baik lah dgn Allah.

"Percaya sepenuhNya kpd Yang Maha Pelindung dan serahkan semua perkara kepadaNya. Jika tidak jalan keluar mana lagi yg akan di tempuhi manusia lemah tak berdaya ni pada saat diri menghadapi ujian dan cabaran?" kerana kita tak mampu bersandar pd kekuatan diri, dan kita mengaku kita mansia yg lemah di sisiNya.

Saya selalu bertanya "mengapa ketika diri cuba melakukan semuanya dgn sempurna, setiap kali itu lah kesilapan tetap muncul"

"Kadangkala dibukakan kpdmu pintu ketaatan tetapi ditutup bagimu pintu penerimaan. Ketka yang lain di takdirkan bagimu melakukan maksiat. Tetapi, itu sbnrnya mnjadi jambatan kpd mu utk sebuah penyesalan. Perbuatan maksiat yg akhirnya membawamu kpd keinsafan dan penyesalan itu lebih baik drpd melakukan ketaatan yg menjadikan kamu riak lagi sombong" sy terdiam mendengar kata-kata itu, dalam hati bertanya, dari mana datangnya ayat penuh makna ini...usai pertemuan, sy search di internet, kot2 terkeluar kt google kan...ye..datangnya dari seorang yg sangat diketahui umum, Sayidina Ali yg merupakan sahabat dan menantu junjungan mulia kita, Muhammmad S.A.W.

Hidup ini anugerah Allah. Kadangkala ia menahan kegembiraan dan kesedihan kita. Bahasanya bisu. Kita tidak dpt melihatnya, apatah lagi menyentuhnya. Cuma kita dpt merasai dan menikmatinya. Hidup juga yg menghulurkan seseuatu kpd kita, disamping memberi tangisan, ia juga menghadiahkn senyuman. Mcm sungai, airnya blh hilangkn dahaga, tapi ada masa dia blh lemaskn kite. Kita byk belajar dari kesilapan dan waktu sukar bukannya ketika kemewahan dan kemudahan.

ermm dah maghrib, jom solatt...lagipun penat hari ni dengan kerenah anak didik bermain bola tampar...suara pun dah hilang...moga kita mendapat sesuatu dari sini..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment