Kisah lucu yang patut dijadikan teladan..
"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?" balas Nabil.
Mereka
sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu
lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan
hantaran.
"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah." Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil.
Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
"Apa
yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju
putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik
dalam lingkungan 40-an.
"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.
"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambiltersenyum.
"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
"Kalau
gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian
AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.
"Alah,
pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca
la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
"Oh,
baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
"Ala
, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah.
Mungkin
'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara
tiba-tiba. Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari
nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal
disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah
tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
"Assalamualaikum semua"
ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya
terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa
yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahlikeluarga berebut-rebut bersalaman
dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
Rambutnya ada yang berwarna putih.
"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
"Oh,
sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita
dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan
orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis
selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
menyeramkan bagi dirinya.
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss..
su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..
"Oh, ayat yang mudah saja. Baca 3 ayat
Surah Ar-Ra'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang
putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar-Rad
Surah Ar Ra'd
"Apa benda nih" detik hati Nabil.
"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.
Kelihatan
gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar darirumah
menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang
menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.
Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
"Baru
ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil,
cara-bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim.
..Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar
suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih
banyak lagi alunan irama AL-Qurannya. Nabil berasa seperti kilat
menyambar kepalanya..
"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan
kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar
dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah
menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat
tinggi seolah-olah ianya sudah cukup-bagi seorang muslim" tazkirah sudah
bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.
"Tinggi
mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak
mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. " penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin
cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-QUran
yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang
aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz
malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya
Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya,
Nabil..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man
dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely
handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets
in between theshroud and the chest of the deceased.
Rasulullah
(Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati
dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yangbetul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan,
lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian,
semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam
kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal
lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada
Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah
kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika
kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh
meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.
'Thereafter
he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,which you
used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a lowvoice. Do
not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no
grief.
'Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal
dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,
kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara
yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan
Nakir, kamu tidak akan bersedih.
'When the interrogation is over,
the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in
Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat
selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripadaAl-Mala'ul A'laa
(malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan
kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'On the Day
of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater
status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.
'Rasulullah
(Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,dihadapan
Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,mahupun
dari nabi atau malaikat.'
p/s: jadikan iktibar utk sama2 berubah...semoga kedatangan Ramadhan ini menjaadikan kita insan terbaik dunia dan akhirat
No comments:
Post a Comment