Sunday 1 July 2012

"Terpaksa....jalan akhir suatu permulaan"

Assalamualaikum dan camat malam...ngeh3...esok nak skolah, awat mata tak mau tutup nih...haiyaaa ni gara2 tido lena dipetang hari kerana hujan yg sgt la lebatnya td...heheh

Weekend yg agak bz...huhu setiap hujung bulan, weekend haku akn full ngn aktiviti diri sendirik...yg penting gembira..kalau kak lela i tu sebok benor ngn prgram kanak2 OKU nye, kome pn bz ngn mereka yg istimewa nih...pagi tadi setengah hari disana, bersama mereka, dan ada insan istimewa dimata aku disitu...bila aku berbual dgnnya dan dia sudah mampu membacakan sesuatu untk aku, aku pandangnya sambil tersenyum dan air mata aku yg senang sgt nk kuar ni pun mengalir bersama....kuang3, sedih nangis, gembira pun menangis...apa la cik ida ni..sengalllllllllllllll... sepanjang mengenalinya, ini lah hari pertama dia mampu membacanya dengan lancar, dan dia dengan excitednya bercerita dgn aku yang dia sudah pandai baca itu dan ini...mcm mana aku tak menangis gembira...terima kasih Ya Allah

Sepanjang setahun berada di kawasan ini, bersama mereka yg istimewa ini (walaupun pd pandangan masyarakat mereka biasa2 shj dan kadangkala dijauhi), tapi dihati aku yakin utk mencuba yg terbaik bersama mereka...tidak perlu menyisihkan mereka kerana kita tidak tahu betapa mungkin mereka istimewa di mata Allah berbanding kita yang selalu merendah-rendahkan martabat mereka...di sini aku belajar "Terpaksa...jalan akhir kepada suatu permulaan".

Aku bersama mereka ini dahulu, bukan kerana suka2 nk berada di sini, tapi lama kelamaan aku jatuh cinta dengan kebiasaan ini..mungkin kerana terpaksa, dahulu aku disini, tapi bila sudah lama di sini, bergaul bersama mereka dan familiy mereka aku faham sesuatu yg sgt berharga dlm mengenali nilai manusia....

sama spt student kite, awalnya mungkin kerana terpaksa mereka melakukan apa yg mereka tidak suka, tapi atas arahan kite mereka melakukn setiap hari, dan jika istiqamah di hati, insyaAllah mereka mampu berubah spt apa yg kita mahukan...sama seperti org yg dipaksa solat dan mengaji, mulanya dikerah dgn sehabis daya dan keringat, dan kerana takut mereka akn melakuknnya, dan selepas bbrp lama, mereka sudah biasa dgn apa yg terpaksa itu, mereka akan lakukan dgn seikhlas hati slps itu....dan apa yg aku alami hari ini dan mungkin seterusnya, adalah bermula kerana terpaksa...dan insyaAllah mereka yg bersama aku hari ini, adlh insan istimewa yg memulakan perubahan kerana keterpaksaan pd awalnya...dan Alhamdulillah permulaan kepada sebuah senyuman slps ini.....

Tahniah untk kamu semua.....jgn bimbang dgn persepsi org luar, selagi mereka mempunyai mulut,m mereka tidak akan mampu menutup mulut mereka....tak perlu malu mengaji bersama anak2 kecil walaupun usia kita sudah dewasa, tidak perlu malu bersolat menggunakan buku, asalkan kita masih mahu berusaha berubah menjadi baik...yakinlah, org yang memperkatakan kalian itu sebenarnya dengki dengan perubahan kalian, dan percayalah mereka sebenarnya tak mampu lakukan apa yg sedang kalian lakukan sekarang....yakinlah, semuanya bermula dengan dengan satu niat utk berubah menjadi yang terbaik dan insyaAllah kami akn sentiasa bersama kalian melalui hari-hari kalian walaupun sekadar hujung minggu bersama...jgn pedulikan kata2 org, kerana kita tak pernah hidup dengan pujian mereka, dan kita tidak akan mati dengan cacian mereka....cayok2...

semoga hari mendatang menyaksikan kebahagiaan utk kita semua...InsyaAllah

Ermmm...baru kul 11, ada semangat ke nk tgk final nnt...sejak jd cikgu nih dh tak gila bola mcm dulu, hehehe kalau tak mau tdo dlm class...dulu zaman jadik auditor, blh gak aku tito kt surau klu ngantuk...ehhe...ok mari bersama2 menjaga diri kite...dan utk org di kuantan, semoga berjaya esok pagi, moga perancangan Allah adlh yang terbaik utk kamu disana...InsyaAllah Aminn..

No comments:

Post a Comment