Dulu...pegi sekolah kayuh basikal jer, takpun jalan kaki ngan kawan2
Sekarang...bermacam jenis jenama kereta depan pagar sekolah drop anak2 mereka
Dulu...pegi sekolah ramai yang pakai skirt aje (alamak tak reti nk sebut nama baju tu)
Sekarang...majoriti berbaju kurung dan bertudung wpun darjah satu
Dulu...cikgu lalu tepi kelas jek terus senyap, tak berdecit langsung
Sekarang...hai cikgu, pakai baju baru ek ai nih
Dulu...kalau boleh taknak langsung lalu kat bilik guru, TAKOT
Sekarang...dlm sehari lima enam kali muka dia saja kat dalam bilik guru tu
Dulu...nak telepon cikgu tanya hal2 kat skolah pun tak berani
Sekarang...SMS cikgu say "gunite, sleep tight" "morning, have a nice day" tu perkara biasa jer
Dulu...tak tido malam mak temankan nak siapkan homework
Sekarang...datang skolah dengan muka tak bersalah je homework tak siap
Dulu...zapp, kena libas ngan cikgu sebab suh hantar buku ai selasa, ai rabu baru buku ada atas meja
Sekarang...ok, murid2, tak siap kije lagi takpe, esok usaha lagi ye utk siapkan homewok kamu, cuba lagi tau, jangan give up
Dulu...dinding belakang class aku tu jadi mangsa masa hantukan kepala sebab cikgu bagi 10 soklan, kitorg juz jwb 5 jek
Sekarang...usap-usap
kepala murid ye, sambil cakap "jangan degil ye, cikgu bagi kije skolah
ni supaya kamu pandai, jadi buat la kije tu, jangan malas tau"
Dulu...kutip biji saga dan cari lidi kelapa nak teror mengira dan hafal sifir
Sekarang...tampal la sebesar dinding pun segala sifir, idok ler jugek mahirnya
Dulu...tak mampu bawak add math xde plak aku ckp kt abah nak pindah sekolah, tak berani
Sekarang...bersusah
payah mak ayah minatk borang tukar sekolah..alasan "anak sy tak mampu
belajar BM kat sini, ckgu garang laa, ank x dpt fokus" hehe klise
Dulu...cikgu
mengajar generasi X mcm harimau meroyan, tapi lahir la generasi
beraneka bidang yang kuat menghadapi apa jua cabaran yang datang
Sekarang,
cikgu mengajar generasi Y penuh berdondang sayang, sebab tu lahir la
mereka yang take for granted utk banyak perkara, lemah sana sini sebab
merasa diri terlalu bagus. Tak mampu ditegur tak boleh di usik, bimbang
emosi diri terusik..
hehehhe
Dulu...bila ckgu masuk class jer ckgu ckp " ok class, bukak buku teks sekarang, kita sambung belajar semula"
Sekarang..."ok
class, cikgu dh start nak ngajar nih, sape yang nk blajo blh ddk dlm
class, yang rasa malas boleh la ke padang main2 atau ke surau tidur ye,
takde masalah, jgn risau cikgu tak marah, buat la"
Esok..."cikgu
kenapa anak saya teruk sgt belajar nih, itu tak tau, ini tak boleh buat,
itu tak faham, ini tak reti, pemalas sangat"
Lusa..."encik,
puan, kami jalankan tanggungjawab mendidik dan memberi ilmu, tapi kami
tak boleh tegur bila buat silap, kami tak boleh usik bila dia tak
beradab, kami tak boleh sentuh, bila dia khilaf, kerana kami cuma
seorang CIKGU, yang sentiasa ditegur bila suara bervolume tinggi, yang
sentiasa dimarah kerana menggunakan rotan dan sentiasa di jeling kerana
cubitan kerana cuba menjadikan anak tuan puan seorang manusia berguna
dunia dan akhiratnya, jadi terimalah mereka seadanya sahaja yer"
No comments:
Post a Comment