Friday 21 September 2012

Iya, aku memang memilih

Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang tidak berseluar pendek dalam setiap aktivitinya
Tapi, aku masih lagi tidak bertudung dalam setiap perjalanan keluarku
.
Iya aku memang memilih
Memilih lelaki yang tidak sesuka hatinya menyentuhku
Tapi, aku masih lagi mendedahkan tubuhku, tidak menjaga auratku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa mencari rezeki yang halal untukku
Tapi, aku masih lagi menipu dan mencuri untuk mengisi perutku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa menjaga solat lima waktunya
Tapi, setiap kali azan dilaungkan aku masih lagi berlibur bersama temanku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang mampu menjadi imam dalam setiap solat-solatku
Tapi, aku masih tidak mampu berjemaah di surau pada zaman bujangku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang mampu mengajar zuriat-zuriatku mengenal jawi
Tapi, aku sendiri “alif, ba, ta” tak lepas-lepas nak baca lagi
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang akan mendidik aku dan zuriatku mengaji
Tapi, lepas solat pun aku lupa membaca Al-Quran sendiri
.
Iya, aku memang memilih
Lelaki yang menyayangi ibu bapanya melebihi nyawa sendiri
Tapi, aku masih lagi mengabaikan kasih sayang yang mereka beri
.
Iya, aku memang memilih
Lelaki yang berzikir dan solat saat bangun sepertiga pagi
Tapi, aku masih tetap nak peluk bantal melayan mimpi indah lagi
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang menjaga tuturkata dan perilakunya
Tapi, aku masih lagi lantang bersuara, umpat mengeji
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa basah dengan  zikirnya saban hari
Tapi, aku masih lagi suka mendendangkan lagu mengisi masa sunyi
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa menegur saat aku betul mahupun khilaf
Tapi, aku tetap suka menganggapnya berkicau bagai camar yang terbang
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang akan bersamaku dunia dan akhiratku
Tapi, aku masih lagi mengambil mudah urusan agamaku
.
Iya, aku memang memilih
Memilih lelaki yang sentiasa membawaku ke syurgaMu
.
MAKA, aku akan sentiasa berusaha menjadi hambaMu yang terbaik
Kerana Allah telah menjanjikan
Perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik
Perempuan yang jahat, hanya untuk lelaki yang jahat
Dan...InsyaAllah serta Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment