Wednesday 25 January 2012

belajar menjadi manusia

Selamat tahun baharu cina…baru or baharu? Alamak dah tak reti nak guna, kak yan kata new utk baharu, dan now untuk baru..alaa pada aku sama jek, buat apa menyusahkan penggunaan bahasa, yang penting orang yang menggunakan bahasa tersebut faham apa yang hendak di sampaikan..kengkadang system pendidikan yang terlalu mementingkan kesempurnaan ni terlupa, terlalu banyak sangat dasar yang dibuat hingga menyukarkan banyak pihak..aku bukan marah, Cuma sekadar pandangan dari sisi seorang guru..pada aku menjadi guru adalah mendidik manusia menjadi seorang manusia yang berguna, bukan berfokuskan pencapaian semata-mata.

Sebagai guru aku berbangga jika anak didikku Berjaya menjadi seorang perpendidikan melebihi aku. Kalau aku dulu setakat akauntan dan auditor, biar lah diorang jadi lebih baik..tapi pendidikan pada aku bila melihat seorang yang tidak tahu apa-apa mampu menjadi manusia walaupun dia tidak Berjaya seperti rakannya yang lain menjadi peguam, doctor dan sebagainya…aku bertemu seorang guru yang dah hampir 20 tahun tak aku temui..mungkin salah seorang guru kesayangan aku di kuantan dahulu, yang tak jemu mendidik aku sampai jadi orang skrg, aku dan kawan2 kategori anak nakal dulu, apa yg kitorang tak buat tapi bak kata yati hari tu bila kitorg bersembang ttg kenangan, “tu la, aku pun tak sangka kita jadik org skang” hahah dan kesepuluh sepuluh budak nakal tu semuanya dah Berjaya..Alhamdulillah, kuantan membentuk sifat persahabatan dan menjadikan kami insane Berjaya hanya kerana dicabar? Ermm mungkin..

Owhh nak citer pasal cikgu aku, dia terkejut gak kenapa aku tukar kerja, tinggalkan bidang professional pergi ke semi professional..aku jawab “cikgu tau tak, rasa tu terbit bila tiba-tiba saya kena mengajar dan bagi briefing pada budak2 practical masa kat opis lama sy dulu” “start hari tu sy rasa sy blh jadi cikgu yg baik”konon laa kan..”tapi tempoh dua minggu tu berapa kali sy nk resign tau tak, aku tersalah pilih kerja ke ni” heheh tapi masa tu orang di sungai isap banyak sangat bagi dorongan…yeahh dan aku bertahan sampai hari nih..ermm cikgu aku senyum jek..dia ckp “faridah itu yang pernah sy rasa dulu, tapi bila dh duduk dlm dunia anak murid, awk takkan mudah nak keluar, sebab mereka adalh dunia keceriaan dan kebahagiaan seorang guru” “anak murid sy yang tiada apa2 kelulusan dtg jumpe sy, dan ucapkan , cikgu terima kasih sbb cikgu bantu sy utk menjadi manusia, kalau dulu sy suka mencuri skrg sy mampu berniaga wpun sekadar pau dan goreng pisang, tp sbb masa ckgu tangkap sy mencuri di asrama dulu dan cikgu tak hukum sy seperti org lain hukum sy, ckgu tak rotan sy, Cuma ckgu denda sy suruh hafal fatihah dan 3 kul serta doa iftitah buat sy menangis masa tu” “sbb sy tak pandai apa yg ckgu suruh tu, kalau rotan sy dh biasa, public canning sy dh biasa, diperli-perli sy dh biasa, tp sy rasa malu dgn ckgu sbb tak mampu baca ayat allah tu” “dan sy ingt lg ckgu la yg mengajar sy membaca fatihah seawall usia sy 15 thun” “kerana sy anak yatim piatu yg terbiar tanpa kasih sayang, xde org nk ajar sy, hnye tau menyalahkn saje”

Panjang lg la citer ckgu aku tu…Cuma aku tnya dia knapa denda begitu, dia jwb manusia skrg jauh dgn akhirat..tu jek, utk didik menjadi org yg Berjaya harus dekat padaNya dahulu..heheh aku senyum sbb dulu masa aku kantoi tak g prep pun dia tak denda aku tp xde lak dia suh aku ngaji..”jd faridah utk membentuk manusia, kite pendidik ni perlu bntk diri sndiri dulu” aku jwb “baek cikgu, insyaallah” ptg kami berakhir dgn suasana dingin di Bandar tempat aku menuntut ilmu bersamanya dahulu…dingin sbb hujan…aku pun tak tau bila lagi akan aku jejak bndar kuantan ni..ehhe dan aku mendengar ayat yang sama dari mak anjang aku isnin lepas, mak anjang tak denda budak dgn rotan tp Tanya mcm mana cara solat, bacaan dia dan sbgnya..dlm hati aku ckp “sama lak mcm cara cikgu aku nih” ye la, aku if budak xsiap kije, aku cubit tepi perut dia jek..hahah tu stail cikgu zairi aku, tu la yg buat aku rajin blajo maths, smpai mak aku terpaksa berjaga smpi tgh mlm teman aku siapkan kije skolah, takut kena cubit ngan dia..sakiiittttt maaaaa…tapi aku tak pernah marah pun, mak abah aku tak pernah dtg skolah mengamuk pun, mak ayah kawan2 aku pun tak pernah bawak parang aku tgk nk serang2 cikgu kat skul aku dulu, sbb apa, diorang tahu cikgu nak mendidik bukan nak mendera anak2 diorang…

Tapi situasi skrg sgt berbeza, baru rotan sket esok mak dtg skolah marah2, kenapa anak2 dorang kna rotan, cubit wpun terang2 kesalahan dorg…kami guru faham mereka risaukan anak2, tapi pada aku, tak ada seorang guru pun yang tak mahu anak2 didik dia Berjaya..sebagai ibubapa mereka memantau, bukan mendengar cerita sblh pihak shj..aku ingt lg ada sorang akk yg aku jmpe masa course di serting dulu, bila bapak student dia dtg bwk parang marah2 sbb anak dia kna rotan, akk tu selamba jek ckp “pakcik, kalau anak yg buat slh tak blh nk tegur2 dan ajar mcm ni, dan pakcik anggap kami benci anak pakcik ni, tlg ambik dia blk umah skang gak dan ajar sendiri, xde org yg blh ajar kalau setiap kali tegur mak bapak yg terasa lebih” aku gelak jer masa tu sbb lum kna batang idung sendirik kan…tapi akk tu kata bapak dak tu diam lps tu, and anak dia still lg belajar tpt yg sama dan Alhamdulillah mampu mnjadi manusia..tak perlu terlebih Berjaya mcm aku ckp, cukup sekadar menjadi manusia kerana selalunya manusia ni bila dia berada di atas dia selalu sgt lupa pd orang lain dan pemberi kejayaan tersebut..tapi bila kite jadi manusia yg mampu berfikir, duduk di mana2 pun kite tetap kita, jadi org kaya ke, jadi org sederhana ke, jadi org susah ke, kite ttp serupa…

Tak perlu malu jika sekolah kite bukan berasrama penuh, tidak melahirkan graduan berprestasi tinggi, 9A straight setiap tahun, tiada markah lulus 100 peratus sepanjang masa, tapi cukup la jika anak2 didik kite itu mampu menjadi manusia berguna….tak perlu mengejar baiah seperti yang di laung2 kan selalu, tak perlu menolak anak2 yang tiada A semasa UPSR nya, kerana jika kite menolak mereka, ke mana hala tuju mereka? SBPI..MRSM..SBP..apa lagi nama2 sekolah terbaik di Malaysia ni? Tak mungkin sekolah tersebut menerima mereka, hanya kerana standard yg sudah ditetapkan, jadi ke mana kamu rasa arah pergerakan mereka? Akhirnya kerana tiada sesiapa sudi menerima mereka, mereka terbiar dimana2 tpt yg penuh dgn gejala social…so kalau kamu semua mahu melihat telatah anak2 istimewa skolah kami datang lah ke Form 3 al Khawarizmi SMRAJ, kerana di situ lah letaknya guru2 istimewa di sekolah kami, yang mengajar tanpa jemu, yg mengerah keringat saban waktu membentuk mereka menjadi manusia…jika aku katakana di sini lah mereka baru mengenal menulis mengeja, di sini lah juga mereka bary mengenal solat itu apa, dan di sini lah juga mereka belajar semua perkara…hehe sbb tu anida selalu kata cikgu2 smraj ni hebat2 belaka, sbb mereka perlu mendidik orang menjadi manusia, dan org itu dulu sama2 blh bersilat ngan cikgu kalau masuk class…aiyaa ckgu sudah jiwangg

“masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini”

No comments:

Post a Comment