Monday 16 January 2012

Bila Rasa Lemah Menjelma

salam penuh kasih sayang...jom solat..ehhe dah lama aku tak dengar words tu, dulu time2 subuh selalu la aku dengar perkataan tu..dulu laaaa..masa zaman jahiliah maaa

sayu pulak dengar suara orang mengaji kat umah aku nih...tapi tidak la sesedap suara yang aku rindu masa zaman di teknik dulu, alunan azan dia, cara mengajinya dan bacaan semasa dia menjadi imam sentiasa buat aku teringat kat dia...hahhah aku pun sebenarnya dah lupa siapa nama hamba Allah yang selalu buat aku ternanti -nanti waktu solat setiap hari...itu cerita berbelas tahun dahulu...ingat lagi ko cik ida

alamak..nak masuk waktu sangat dah ni..jari laju lagi nak menaip apa ntah...LEMAH, itu la perasaan yang selalu berada dalam diri aku sekarang, aku tau itu bukan sifat aku sebab aku orang yg sentiasa kuat dalam hadapi semua perkara, aku tak pernah nak mengalah dan tunjuk aku lemah depan semua orang walaupun kadang kala aku berpura pura menjadi kuat walaupun hakikatnya motivasi aku dah terduduk tahap cium lantai dahh

siapa la yang mencuri semua kekuatan yang aku simpan selama ni...Dia berikan aku sedikit sifat sabar yang jarang2 aku dapat buat sejak sebulan ni, Dia berikan kembali sifat pemaaf yang dah lama hilang dalam diri aku, Dia kembalikan rasa sensitif dalam jiwa yang dah lama aku buang, Dia berikan aku mudah mengalirkan air mata sekarang ini hanya kerana peristiwa remeh tapi Dia tarik semula kekuatan bertahan dengan semua perkara yang aku miliki selama ini...

Dan bila sesekali rasa lemah ini menjelma, aku jadi kucar kacir....solat dengan titisan air mata, mengaji pun kengkadang terkeluar juga..huhu payah...dan sesekali rasa lemah itu datang, aku jadi mengalah pada banyak perkara dan aku buang rasa marah yang tersimpan dalam hati...dan aku tak pasti sama ada rasa lemah ini adalah kerana meminta aku mencari kekuatan tersendiri atau meminta aku menjadi yang lebih baik...dan sebenarnya aku letih untuk persaan lemah ini kerana aku tidak suka perkataan down, aku tidak suka perkataan TIDAK dan aku tidak suka kekacauan...dan aku masih meminta kekuatanMu Ya Allah untuk terus bertahan menjadi anak abah dan emak yang sangat kuat...Aminn

No comments:

Post a Comment