Wednesday 18 January 2012

Siapalah Aku Hendak Menilai Orang Lain..

Assalamualaikum semua...selamat malam..hehe rajin pulak aku menaip kat blog merah yang dah bertukar kaler jadik biru hitam nih..maksudnya aku tidak banyak kerja la ek..owh tak laaaa, kerja sampai mati pun takkan pernah habis kan, relaks jap sambil tengok Maahad Al Amin kat TV Hijrah nih.. Apsal pulak aku wat tajuk kat atas tu ek..tak de lahh..teringat pada sesi berbual dengan seorang teman lama yang aku dah kenal lebih 10 tahun, chatting last week tapi hari ni kata-kata tu terasa sangat dekat dengan aku... Soalan aku sangat simple pada dia, tapi sangat berat untuk aku keluarkan dari mulut aku waktu tu, dan balasan yang keluar dari mulut dia "siapa lah aku nak pandang rendah pada engkau jika perkara tu betul2 terjadi idah, semua perkara bukan di bawah kawalan kita, semuanya telah di aturkan olehNya sejak kita lahir lagi"

ermm aku tau, ayat tu ikhlas dari hati dia..tadi duduk sorang2 balik dari sekolah memikirkan betapa kecilnya aku didunia nih, tertanya-tanya arah perjalanan sendiri..setiap hari aku melihat kekurangan orang disekeliling aku, sedangkan kekurangan sendiri sangat terserlah tapi aku tidak mampu menilainya..setiap hari melihat telatah anak2 didik, yang mana aku tau latar belakang keluarganya..ada yg pendiam, terlebih bercakap, minta perhatian iti dan ini hanya kerana mereka hadir dari permasalahan keluarga..jika dulu aku melihat orang sama sahaja, tapi tadi aku melihat mereka dari sudut berbeza, dgn meletakkan diri aku pada mereka kerana kadangkala aku melakukan perkara yang sama untuk menutupi kekurangan yang aku miliki, dan tadi aku belajar memahami apa maksud ayat dibawah. mungkin apa yang org disekeliling kita pernah berikan kepada kita samada dalam bentuk kesakitan atau pun kebahagiaan ada sebab tersendiri, yang tak mampu kita rungkaikan selagi bergelar manusia, dan aku teringin sekali bertanya kenapa? mengapa? tapi seorang teman juga pernah berkata "cuba hanim tanya pada Allah setiap persoalan tu, kita tak mampu nak jangkau ilmu Allah setitik pun Hanim"..tapi dh mmg aku kategori degil, aku suka berfikir and finally aku tetap balik pada basic juga, cuma aku degil dan tak kan tunjuk pada org lain yang aku dgr ckp dia sebenarnya...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).


so start esok boleh tak cik ida jadi lebih baik...hahah kalau najihah dengar nihh, mesti dia jeles nihh...azam tahun baru dia tiap2 tahun ni la, tapi kitorg selalu tergelincir....ulpsss naji, jgn mare..hehe insyaallah..segala sesuatu bermula dengan niat..dan jika benar2 terjadi sesuatu yang pernah aku ceritakan pada temanku suatu waktu dahulu...cewahh mcm lama sgt ek..aku mohon pengertian dari mereka disekeliling ku untuk memahami mengapa keputusan itu yang aku pilih kerana setiap keputusanku telah ku sandarkan kepada pemilik alam ini 

moga pencarian ilmu aku, tidak terhenti di sini...dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik kerana kekurangan yang terlalu banyak pada diri ini.. 

No comments:

Post a Comment